Apa bisnes online paling senang? Bagaimana cara berniaga di Shopee & Lazada? Teringin nak mulakan bisnes online tapi tak tahu bagaimana nak mula? Sedang mencari cara bagaimana nak daftar jadi penjual Shopee atau Lazada? Apa cara berniaga yang betul? Sebenarnya mendaftar sebagai peniaga online sangatlah mudah, tapi nak berjaya sebagai peniaga online dan mendapatkan untung berniaga itu yang mencabar. Bagaimana nak mulakan kerjaya buat bisnes online yang sebetulnya? Sebab sudah tentu you tak nak rugikan masa dan duit kan? Jom baca bagaimana nak mulakan bisnes online di Shopee & Lazada.
Nak berniaga mestilah nak untung, siapa nak rugi kan? Betul! TAPI... Syarat pertama sebelum you mula jadi peniaga, ubah pemikiran you dulu. ADAT BERNIAGA adalah rugi dan untung. Kalau you boleh menerima kerugian, insyallah you boleh capai keuntungan. TAPI... Tak semestinya you perlu rugi sahaja, kalau you ada ilmu dan guidance yang betul dari awal you mula, Insyallah, you mungkin tidak akan rasa rugi pun.
Cara Bisnes Online
Macam mana cara-cara berniaga online? Waktu pandemic sekarang, cara yang paling senang untuk mulakan perniagaan adalah dengan mendaftar menjadi perniaga di website e-commerce yang popular kerana platform seperti ini ada berjuta pembeli berdaftar yang sedia untuk membeli barangan anda. Antara yang paling popular di Malaysia adalah Shopee dan Lazada sekarang. Mesti you pun pernah beli dari kedua-dua platform digital ni kan?
Kalau you buka satu kedai di Shopee dan Lazada you boleh nampak jumlah jualan untuk satu produk dari satu seller tu boleh cecah ribuan. Seronoknya la tengok jumlah sale banyak tu kan? Itu untuk satu barang sahaja, belum campur keseluruhan barang dalam kedai dia pun. Mesti you pun nak rasa macam tu kan? Sebelum boleh berangan lebih jauh, mulakan dengan daftar dulu kedai anda di kedua-dua platform tersebut. Jangan risau, tak perlu turun naik ke HQ mereka pun untuk isi form, semuanya dilakukan online dan tak sampai beberapa minit pun. Kalau you tak pernah berniaga sebelum ini dan tak ada SSM pun boleh mula berniaga di sini.
Tutorial Buka Kedai Di Shopee
Di bawah cara paling mudah untuk buka kedai di Shopee mengunakan phone
1. Masuk profile
2. Klik 'Start Selling'
3. Klik butang 'Add Products'
4. Isikan Maklumat Produk
5. Klik butang 'Publish'
Taniah! Anda telah menjadi peniaga di Shopee. Senang je kan? Patutlah ramai suka berniaga online, settle set up kedai beberapa minit je.
TAPI...
Nak set up kedai online je mudah tapi nak uruskan dan nak capai keuntungan itulah yang mencabar. Itu sebabnya untuk membuat sesuatu yang baru kita perlukan ilmu dan juga pengalaman. Tanpa kedua-dua ni, susah untuk kita capai apa yang kita inginkan. Oleh itu, carilah ilmu dulu.
Paling best berniaga di Shopee ni, adalah senang nak dapat ilmu! Ya betul! Shopee ada kelas dan webinar PERCUMA! Dan kelas ini sentiasa ada okay.
TAPI...
Kelas PERCUMA di Shopee merupakan asas dimana semua seller perlu tahu. Ada juga kelas yang beri ilmu untuk tingkatkan sale tapi kebanyakkannya untuk selected seller dan ada quota, kalau tak silap saya.
Untuk mula berniaga, kita perlukan ILMU yang lebih dan untuk mulakan perniagaan yang mampu berjaya, kita perlu MELABUR dulu.
Kenapa? Bila kita MELABUR, secara automatik diri kita akan lebih aggresive untuk mendapatkan pulangan. Ini kerana kita dah 'Rugi' dan perlu cari 'Untung'.
'Rugi' saya bukan bermaksud negatif. Rugi ini perlu, sebab rugi ini juga bentuk ILMU. Tak kisah apa jenis rugi pun, kalau kita keluarkan duit, kita pasti akan berusaha untuk dapatkan semula duit itu.
'Untung' saya pula bukan bermaksud untung dari segi duit sahaja. Tapi untung dari segi ILMU & PENGALAMAN. Tanpa ilmu dan pengalaman belum tentu kita boleh terima untung dari segi kewangan.
Sekarang senang je nak dapatkan ilmu sebenarnya, tak perlu bersusah payah keluar cari ilmu. Lagi-lagi waktu pandemic ni, lebih baik cari ilmu di rumah sahaja. Janji ada gadjet dengan internet sahaja, macam-macam you boleh capai selagi you tekad dan berusaha. Macam saya sebut tadi, ada pelbagai jenis webinar kita boleh join untuk dapatkan ilmu, selain itu ada juga option e-book yang kita boleh terus download dan baca.
Untuk mereka yang perlukan panduan berniaga online dan pendedahan awal tentang bagaimana hendak menjual di Shopee. Boleh cuba dapatkan ebook di bawah ini. Ramai yang sudah beri feedback yang mereka mendapat pulangan yang dininginkan selepas mengamalkan ilmu yang dibaca dalam ebook ini.
Apa yang ebook Shopee ini tawarkan?
1. Cara mendaftar dan set kedai anda! Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer! Saya tunjukkan cara kedua-duanya!.
2. Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda! Dalam bab ini, saya share tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
3. Cara nak menguruskan order!. Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya saya terangkan dalam bab mengurus order!
4. Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak! Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, disini saya share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!
5. Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!
6. Anda masih tiada produk untuk dijual? Saya juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda "usha" untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee!
7. Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga saya kongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!
8. Apa yang lebih menarik! Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!
9. Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA saya bagaimana saya mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee saya dalam masa yang singkat! Teknik ni advance sikit! Anda takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain! :)
Menarik kan? Lengkap semua yang you perlukan untuk mulakan perniagaan di Shopee:
Oleh itu, pada mereka yang betul nekad nak berniaga, belajar cari ilmu. Sentiasa cari ilmu. Webinar & kelas Shopee yang percuma tu sentiasa daftar dan masuk! Kalau ada kelas-kelas lain masuk juga.
Tapi kan, kalau you dah mula berniaga di Shopee kenapa limitkan di Shopee sahaja. Boleh juga you buka kedai di platform-platform lain seperti Lazada, Ebay dan banyak lagi. Ini kerana setiap platform ada jenis-jenis pelanggan dia tersendiri. Lagipun buka kedai di e-commerce website PERCUMA sahaja.
Untuk mereka yang ingin cuba buka kedai di Lazada juga boleh dapatkan e-book ini:
Apa yang e-book Lazada tawarkan?
1. Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
2. Cara Listing Produk Yang Tepat
3. Cara Proses Order
4. Cara Selesaikan Masalah Pelanggan
5. Cara Promosi Produk Anda Di Lazada
6. Cara Design Lazada Store Anda
7. Cara Promosi Lazada Store Anda
8. Sumber Borong Produk
9. Cara Jual Produk Secara Dropship!
Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada gambar buku-buku di atas. Boleh baca juga testimoni mereka yang dah pernah beli e-book ini dan mengamalkan ilmu yang diajarkan di dalam.
Mudahnya sekarang nak cari ilmu kan? Tak perlu bersusah-susah macam dulu dah. Ilmu boleh dapat dekat mana-mana bila you tekad untuk dapatkan.
Dari pengalaman saya sendiri, dulu saya takut-takut untuk keluarkan duit sebab duit bukannya senang dapat kan? Dalam pemikiran saya asyik fikir nanti kalau tak dapat duit ni balik macam mana? Rugilah. Lagi-lagi untuk ilmu, sebab dah lama tinggalkan sekolah, tak perlu la nak labur beli buku atau pergi kelas, bukannya kena ambil periksa dah pun. Itu saya dulu dan menyesalnya saya bila dah berumur hampir 30 tahun baru saya sedar betapa pentingnya kita MELABUR, lagi-lagi untuk ilmu.
Alhamdulillah, sejak tahun lepas, saya mula berani keluarkan duit, sebab saya nak majukan diri dan belajar benda baru, saya banyak juga keluarkan duit untuk dapatkan ilmu. Sekarang saya dah mula gaining, mungkin belum capai 'UNTUNG' yang banyak lagi tapi saya tidak 'RUGI'. Saya belajar macam-macam dan daripada ilmu yang macam-macam ni saya mula terapkan untuk jana pendapatan lebih.
Saya juga ada kedai di Shopee, tapi saya belum fokus kepada kedai itu sebab sumber pendapatan saya di tempat lain. Tapi bagusnya saya ada ilmu sedikit dalam menjual di talian, sebenarnya sebelum Shopee meletup lagi, saya antara pengguna awal Shopee masa platform in baru buka dan juga antara seller terawal juga dulu. Tapi Shopee dulu lain tau, dulu ramai seller jual barang-barang pre-loved dan antaranya saya la tu. Tapi sekarang dah tak sesuai dah jual barang pre-loved di Shopee sebab dah ada macam-macam barang.
TIPS SEBELUM BERNIAGA DI SHOPEE & LAZADA
1. Ada Printer
Ini paling penting sebab you kena print waybill bila ada order nanti. Waybill ini akan generate dalam 'Seller Center' Shopee dan wajib you all lekat pada parcel. Tak boleh buat manual ya. Dulu saya pakai Inkjet Printer biasa, tapi cepat sangat habis dakwat (dakwat inkjet dah la mahal). Jadi tahun ni saya beli terus Thermal Printer sebab nak jimat long term. Harga Thermal Printer sama harga dengan set dakwat Printer Inkjet saya jadi saya beli terus Thermal Printer sebab Thermal Printer tak perlukan dakwat sampai bila-bila.
Thermal Printer ramai seller shopee pakai sebab senang nak print dan lekat waybill. Terutama bila dapat banyak order. Kalau diikutkan Thermal printer sangat jimat kalau kena print banyak waybill sebab dia tak pakai dakwat. Tapi Thermal Printer ni hanya boleh print waybill je la. Print benda lain tak boleh. Jadi kalau you tak banyak order tak function sangat printer ni pada you. Baik pakai printer biasa. Tapi terpulang pada diri masing-masing. Macam I beli terus Thermal Printer sebab I nak jimat in the long run, walaupun kedai Shopee I tak banyak sales, tapi printer ni sangat memudahkan kerja bila ada order. Saya consider saya melabur dulu, mana tahu nanti in the future banyak sales.
2. Ada Barang Untuk Dijual
MASALAH! Ini masalah utama bila nak mula berniaga. Barang apa nak jual? Sampai sekarang saya duduk memikir nak jual barang apa. I nak barang yang senang jual, walaupun sekarang I belum fokus jual tapi impian tu dah lama ada. Tapi masalah utama saya ada BARANG APA NAK JUAL? Saya dengar ada banyak jenis dropship dan supplier di Malaysia ni, tapi ada yang kata leceh. Kalau ikutkan saya lagi prefer beli barang, ada stok barang then jual. Jadi saya jadi tertarik dengan BELI BARANG BORONG DI CHINA.
Oleh itu saya beli e-book dan beli juga pakej webinar sebab saya nak belajar bagaimana. Rupanya senang je, tapi banyak perkara perlu difikirkan, jadi saya hold dulu. Barang di China ada macam-macam dan ramai rupanya markup harga sampai 2-3 kali ganda jual di Shopee. Untung betul siapa dah lama buat ni. Saya dengan suami pun ada merancang nak mula juga beli barang di China tapi sebab masing-masing sibuk dengan urusan kerja hakiki, projek ini masih tergendala. Sebab kami difahamkan, nak jimat beli barang di China adalah dengan beli bulk order dan pandai pengiraan jumlah berat barang untuk dapatkan shipping yang murah. Bagus seriously buku dan webinar yang saya beli. Macam-macam saya belajar. Nasib baik tak ada expiry, video pun boleh main ulang-ulang.
Insyallah, nanti kalau saya dah cuba beli barang borong di China saya akan update semula post ini. Tapi you guys boleh consider cuba dulu. Kalau yang dah pernah buat, sudi-sudilah komen pengalaman di bawah.
3. Sediakan Packaging
Nampak macam remeh je tapi sebenarnya penting. Takkan you nak pos barang togel je kan? Untuk packaging pastikan you betul-betul ambil berat terutama barang-barang yang mudah pecah. Ini antara barang-barang yang you perlu ada untuk packaging:
2. Pakej Plastik / Kotak
3. Selotap / Brown Tape / Masking Tap
4. Waybill Sticker / Waybill plastik slot
5. Fragile Sticker (Untuk barang yang mudah pecah)
Bila mula berniaga mungkin you akan cuba jimat sebaik mungkin, jadi untuk cut cost pada packaging boleh consider guna semula packaging barang pos you. Contoh bubble wrap, boleh dipakai semula, jadi pastikan simpan elok-elok dan bubble dia semua belum pecah. Dari pengalaman saya, bubble wrap ramai je seller pakai yang used punya sebab saya pengguna tegar Shopee, jadi saya memang dapat banyak parcel dalam masa sebulan.
Apa yang you perlu keluarkan duit untuk beli adalah pek plastik, seeloknya beli beberapa dalam beberapa size bergantung pada produk yang you jual. Ada yang nipis ada yang tebal, I suka beli yang nipis je sebab barang I akan balut dengan bubble wrap tebal-tebal.
Jadi bagaimana you nak buat packaging terpulang pada you, tapi ingat presentation sangat penting untuk dapat returning customer.
Ketiga-tiga tips ini sangat penting kalau nak mula berniaga secara online jadi pastikan you all ambil masa untuk study sebelum mulakan perniagaan you. Semoga usaha you ada pulangan dan setiasa dimurahkan rezeki. Good luck dan semoga sukses berniaga di Shopee & Lazada.
0 comments
Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.