Bagaimana cara betul mencui kain Norwex? Kain mahal, level kayangan mestilah ada perasaan sayang sikit kan? Pastikan you guys tahu cara cuci kain Norwex yang betul, sebab kalau salah cuci kain mungkin boleh rosak dan akan jadi kurang efektif. Sayang kalau jadi macam tu, dah lah mahal kan? Cara cuci kain Norwex senang je sebenarnya, dan tak leceh pun. Jadikan mencuci Norwex ni sebagai rutin untuk sentiasa pastikan rumah kita bersih dan terjaga daripada kuman. Salah satu sebab mengapa kita guna Norwex adalah untuk tingkatkan hygeine di rumah sendiri juga kan? Jom baca bagaimana nak pastikan kain Norwex sentiasa terjaga.
Kebanyakkan produk Norwex mempunyai ejen BacLock, di mana ia mampu untuk self-purify (membersih sendiri). BacLock merupakan micro perak yang tertanam di dalam fabrik dan dapat menjalankan permbersihan kendiri dalam masa 24 jam apabila basah. Ini akan menghasilkan bau, kulapuk, fungus dan bakteria yang berkurangan.
Untuk memastikan kain Norwex you sentiasa berada dalam keadaan yang sepatutnya untuk kesan yang sentiasa efektif, pastikan you menggunakannya dengan betul. Sentiasa fikir mengenai hygeine kerana motif utama mengapa kita bertukar kepada Norwex juga adalah untuk meningkatkan kualiti hygiene di rumah kan?
Cara Cuci Kain Nowex
1. Bilas & Sidai
Bilas & sidai ini adalah cara cucian Norwex pada setiap kali kita menggunakannnya. Terutama pada kain yang kita gunakkan yang boleh mengundang banyak bacteria seperti kitchen towel/cloth, bathroom mitt, mop pad dan yang sama sepertinya. Ini sila ikut logik akal ya, sebab tak semua produk yang ada BacLock kita perlu cuci hari-hari, seperti towel, dusting mitt dan yang sama sepertinya.
Bilas & sidai sangat-sangat penting untuk kain Norwex yang digunakan pada permukaan yang sentiasa kotor dan senang terdedah kepada bakteria dan contoh terbaik adalah kitchen towel/cloth. Kita tahu di dapur adalah tempat yang paling senang untuk bakteria berkumpul terutama di singki dan kaunter dapur. Kitchen towel befungsi untuk lap segala permukaan ini dan sudah tentu bakteria juga akan terperangkap didalam kain. Oleh sebab itu, setiap kali lepas pengunnaan kitchen towel Norwex, perlu dibilas dan disidai dan pastikan tempat yang disidai adalah tempat yang mudah untuk ia kering dan bukan sentiasa lembap.
Malah, kalau diikutkan, kain lap yang biasa juga perlu disidai dengan betul apabila basah sebab kalau biarkan ia bergumpal, sudah tentu akan mengeluarkan bau yang busuk kan? Begitu juga kain Norwex, cuma bezanya, kain Norwex dengan kuasa BacLock dapat membunuh bakteria terperangkap dalam proses ia dikeringkan.
2. Mencuci Dengan Mesin Basuh
Mencuci dengan mesin basuh adalah paling mudah tapi perlu ikut kesesuain juga. Kalau kain Norwex yang kita ada hanya satu, takkan nak masuk mesin basuh kan? Dan kalau kain yang kita nak basuh adalah kain yang digunakan untuk lap segala kotoran lantai dan sama sepertinya, takkan kita nak basuh kain tu dalam mesin basuh yang kita pakai untuk basuh segala pakaian kan? Kalau I jenis yang akan elakkan basuh kain lap atau apa-apa jenis kain yang I buat lapik kaki dan sama sepertinya di dalam mesin basuh. Untuk kain yang macam itu, I dari dulu memang akan basuh secara manual tapi itu terpulang pada cara masing-masing.
Untuk cucian yang pakai mesin basuh boleh basuh kain-kain Norwex yang fungsi dia lebih kepada personal hygiene pada diri kita seperti tuala mandi, facial pads, hand towel dan yang sama sepertinya. Kain-kain ini boleh dibasuh sekali dengan pakaian kita yang lain jadi tak adalah membazir guna mesin basuh kan? Tapi pastikan you guys guna sabun pencuci UPP Norwex ataupun yang sama sepertinya. Lihat contoh di bawah untuk sabun alternatif.
3. Deep Clean
Bilas & sidai adalah cucian yang patut dilakukan setiap hari bagi kain yang mengundang banyak bacteria. Tapi! Kain-kain seperti itu perlukan deep cleaning sekurang-kurangnya seminggu sekali. Malah bukan hanya kain yang mengundang banyak bakteria sahaja, tapi kain kain yang digunakan untuk membersih dan mengelap permukaan lantai ataupun permukaan yang kotor yang bukan digunakan untuk badan kita sepatutnya kena deep clean. TAPI! Fikir logik juga ea, ia bergantung juga pada jenis kain.
Deep Clean Kain Norwex
Kenapa pentingnya Deep Clean kain Norwex? Kerana Norwex mampunyai daya penyerapan yang kuat dan mampu menampung air yang banyak dalam kain. Sudah tentu akan ada kotoran yang terperangkap di dalam kain yang akan mengurangkan keberkesanan pengunaan kain.
Bila perlu buat Deep Clean?
Seminggu sekali atau apabila kain Norwex dah mula tak serap air dengan elok. Kalau jirus air di kain Norwex dan ada tompokkan kain yang tak terus serap air, itu memang petanda dalam kain dah penuh dengan kotoran dan perlu deep cleaning untuk keluarkan kotoran-kotoran tu.
Bagaimana nak Deep Clean kain Norwex?
1. Pakai besen rendam dengan air panas / air suam (tidak perlu lama)
2. Masukkan UPP Norwex / Sabun Baby / Sabun yang FREE from chemicals
3. Kacaukan kain (pakai alat apa-apa)
4. Bilas dan gosokkan permukaan kain (senang di singki)
4. Ulang jika perlu (bergantung)
Tapi please IKUT LOGIK juga ea. Norwex terbahagi kepada beberapa jenis kain yang khusus untuk membersihkan kotoran di rumah dan juga kain-kain untuk kegunaan muka dan badan. Kalau fikir dari segi logik, sudah tentu you tak nak campur kedua-dua jenis kain ni sekali untuk di basuh kan? Sebab belum tentu apa yang kita basuh 100% bersih daripada kotoran dan kuman.
Apa yang I buat adalah basuh manual secara berasingan mengikut fungsi kain.
Kitchen Cloth & Enviro Cloth. Kedua-dua kain ni I akan cuci sekali sebab function dia hampir sama. I guna untuk lap segala kotoran atas kaunter ataupun di lantai. Senang guna kedua-dua kain ni dan sudah tentu banyak juga hasil kotoran yang diserap dalam kain. Memang setiap kali deep clean kedua-dua jenis kain ni, air rendaman akan jadi kotor sangat. Lagi-lagi kitchen towel, I suka ulang 2 - 3 kali proses ini sebab air memang akan bertukar warna coklat setiap kali. I tak adalah cuci sampai air jadi clear, sebab fungsi kain kitchen towel tetap nak lap segala kotoran juga kan? I buat deep cleaning macam tu untuk pastikan segala kotoran yang terperangkan dalam kain akan keluar dan fungsi kitchen towel akan sentiasa efektif sepanjang pengunaan.
Apa Akan Jadi Kalau Tak Deep Cleaning?
Kain Norwex tidak akan efektif dan boleh menyebabkan kain rosak dan menghasilkan bau, kulapok dan fungus. Ini sangat penting terutama pada kitchen towel sebab ia mampu menyerap minyak dengan banyak juga. Minyak yang terperangkap dalam kain akan mengeras dan menyebabkan daya penyerapan kain berkurang dan tidak efektif.
Kalau kain norwex sperti tuala tak perlu deep cleaning pun walaupun ia mengandungi BacLock. Tapi kalau nak buat pun boleh, tak ada masalah. Macam I mention di atas, segala cucian kain Norwex adalah mengikut logik dan preference masing-masing.
Selepas Deep Cleaning Perlu Basuh Dalam Mesin?
Ikut pada diri, kalau rasa nak basuh dalam mesin boleh, kalau tak nak basuh pun boleh. Itu semua ikut cita rasa masing-masing. Tapi I takkan basuh kain lap yang digunakan untuk lap permukaan yang kotor di dalam mesin basuh. Kalau I deep clean face towel Norwex I akan masukkan dalam mesin selepas itu. Tapi I tak rasa perlu deep clean pun tuala-tuala Norwex, campak dalam mesin pun dah okay. Tapi macam I kata, ikut cara masing-masing.
Kain BacLock Norwex Mempunyai Jaminan 2 Tahun
Kain Norwex yang mempunyai BacLock mempunyai jaminan 2 tahun di mana selepas 100 kali cucian yang juga bersamaan dengan 2 tahun dengan satu cucian seminggu, hampir 90% ejen BacLock masih berada di dalam kain.
Cara Terbaik Untuk Simpan & Sidai Kain Norwex
Sejak pakai Norwex, I begitu prihatin dengan cara I simpan dan mengantung kain Norwex untuk kering. Terutama yang ada BacLock sebab I nak pastikan yang kualiti kain I sentiasa terjaga. Jadi apa yang I buat adalah dengan membeli tempat-tempat sidai towel yang murah-murah di Shopee untuk diletakkan di seluruh rumah untuk senang capai. I letak Norwex tergantung di merata rumah sebab I nak kain-kain ini senang dicapai supaya I senang dan rajin nak pakai. Kalau I kumpulkan satu tempat dan gantung, confirm I malas nak ambil.
Kalau diikutkan, kain Enviro yang mini tu ada di setiap bilik dalam rumah I sebab Enviro adalah kain yang paling multi-purpose untuk segala fungsi. Dengan menyediakan satu tempat yang specific untuk kain Norwex digantung, bukan sahaja dapat bantu kita menjaga kain, tapi mengalakkan lagi kita pakai dan guna kain sebab senang di capai. Yang I paling suka tentang Enviro ialah, walaupun ia basah, air takkan minitik bila sidai sementara tunggu nak kering. Oleh itu, I boleh gantung Enviro dalam bilik sahaja tanpa perlu jemur bawah matahari dulu untuk bagi dia kering.
Sabun Alternatif Untuk Norwex
Ok, I tahu, sabun Ultra Power Plus (UPP) Norwex agak mahal, dan mungkin tak semua orang dapat mampu nak maintain pakai sabun UPP ini sebab sudah tentu kita akan kerap mencuci kan? I faham, sebab I pun macam tu. Tapi please jangan pakai sabun sebarangan untuk cuci kain Norwex, terutama yang mempunya BacLock. Sebab sabun yang tidak mengikuti kriteria seperti UPP Norwex boleh menyebabkan kuasa mikro perak akan kurang berkesan.
Ciri-ciri sabun yang sesuai digunakan
No Phosphates
No Sulfates (SLS/SLES)
No Fillers
No Dyes or Fragrances
Senang cerita, sabun yang chemical-free seperti sabun baby atau plant-based punya sabun. Yang dimana ia akan tetap lebih mahal sedikit dari harga sabun yang biasa tapi itu adalah antara option yang lebih murah kalau dibandingkan dengan UPP Norwex.
Dibawah adalah antara contoh sabun you guys boleh guna:
1. Ecominim Powder Detergent
Beli: shop/ecominim
2. B&B Skin Protection Detergent Bottle
Beli: shop/B&B
Dua sabun diatas adalah sabun yang I sendiri pakai untuk cuci Norwex. Ada kalanya I akan gunakan UPP tapi pada I sabun-sabun ini diatas berfungsi sama sahaja seperti UPP dan kotoran degil masih dapat hilang. Tapi I lebih suka gunakan Ecominim Powder Detergent sebab dia dalam bentuk powder sama seperti UPP Norwex. Cuma sekali sekala I akan tetap basuh dengan UPP sebab itu yang dinasihatkan oleh Norwex, I bukan scientist so I tak boleh nak kata UPP ada kuasa optimum untuk hilangkan segala kotoran Norwex.
Itulah cara untuk cuci Norwex. Tak susah pun sebenarnya nak jaga kain Norwex ni dan tak semestinya perlukan bajet yang besar juga untuk maintain. Untuk elakkan rasa leceh nak jaga kain Norwex ni, boleh set satu hari untuk cuci semua kain Norwex di rumah. Iatu dengan deep cleaning dan juga basuh mesin, semua sekali jalan. Lagipun deep cleaning bukan ambil masa yang lama pun.
Semoga post ni bermanfaat untuk you all.
Kalau rasa-rasa nak tambah koleksi Norwex atau tanya info lebih mengenai Norwex boleh whatsapp Wahidah consultant Norwex. I suka tanya dia promo apa yang ada untuk bulan ni sebab selalunya best! Rugi tau kalau tak tanya.
Tekan je button di bawah untuk Whatsapp untuk hubungi Wahidah:
Till then peeps!
0 comments
Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.