Kegunaan Kain Norwex & Jenisnya | Review Norwex

Jenis Kain Norwex

Apa kegunaan kain Norwex? Apa jenis kain Norwex? Kenapa kain Norwex mahal? Ini antara persoalan pertama mereka yang belum mencuba Norwex termasuk diri I sendiri dulu. Viral 'Kain Kayangan' kerana terdapat pelbagai debat sama ada Norwex ni betul-betul bagus ataupun overclaimed. Apa pendapat I tentang isu ini? Nanti I cerita, mula-mula I nak cerita tentang jenis-jenis kain Norwex sebab rupanya ada banyak. Bukan satu jenis je. Bagi siapa yang ada jenis perangai nak everything ada specific role dia, mesti you akan triggered. LOL... I cakap pasal diri I sebenarnya. Anyhow, jom explore dulu apa 'Kain Kayangan' yang ada.


Norwex Tu Apa?

Norwex ni daripada brand daripada Norway dan masuk ke Malaysia pada awal 2019. Sebenarnya I dapat invitation ke launch opening Norwex tapi I tak dapat nak attend. Tapi tak apalah, tak ada rezeki dekat situ, jadi introduction I pada Norwex pada akhir tahun 2020. Itu pun sebab kakak kesayangan Sabby Prue hadiahkan beberapa jenis kain Norwex untuk I cuba. 

Post ni boleh konsider mini review sebab I dah cuba kain-kain Norwex dalam beberapa bulan baru I tulis post ni. Dan honestly,  I nampak diri I jadi dependent pada kain-kain ni. Terutama kitchen towel sebab I dah beli banyak jenis kain microfiber sebelum ni tapi experience guna dia lain sangat. Macam mana lain? Kalau I explain in detail nanti post ni jadi lagi panjang, so senang cerita kerja jadi lagi mudah with minimal effort. Nanti ada masa I tulis post tentang my experience guna Norwex.

Apa yang buat I lebih suka mencapai kain Norwex sebab feature BacLock.


Apa maksud BacLock untuk kain Norwex?

Kemampuan untuk membersih dengan sendiri dalam tempoh 24 jam apabila basah. Kain BacLock norwex mempunyai agen antibakteria mikro perak BacLock yang tertanam dalam fabrik untuk menjalankan pembersih kendiri.

Hasilnya mengurangkan bau, kulapuk, fungus & bacteria. Dan membuatkan kain lap Norwex boleh digunakan berulang kali tanpa perlu kerap dicuci dengan membilas bersih dan sidai.





Jenis-jenis kain Norwex dan Fungsinya

Senarai di bawah adalah jenis-jenis kain Norwex yang basic. Norwex terdapat pelbagai produk tapi untuk post ini I hanya senaraikan kain Norwex yang basic supaya you all dapat gambaran kasar tentang Norwex dan produk apa mereka ada.


1. EnviroCloth *BacLock

Norwex Enviro Cloth

Untuk: Semua jenis permukaan & kegunaan

Kelebihan:

  • Mampu mengutip antara partikal paling halus
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM79

Saiz: 35cm x 35cm

Warna: Ungu Plum, Biru Teal, Hijau, Kelabu Grafit, Biru

Mini-Review: Enviro-cloth ni kiranya King dalam semua kain-kain Norwex sebab kain ni multipurpose. Semua jenis permukaan sesuai untuk guna kain ni. Nak lap habuk, air tumpah, kesan kotoran semua boleh. Guna basah atau kering berganting pada jenis permukaan yang you nak guna. Macam gambar di atas, I lap kesan pen atas meja dengan Enviro yang basah. Macam you nampak, I just sental beberapa saat je tanpa perlu tonyoh sangat. Tapi masih ada kotoran degil sikit, kalau yang itu memang kena sental kuat sikit.

Enviro cloth ni I guna juga untuk lap habuk atas meja, lap air tumpah dan lap cermin. I siap letak kain ni dalam bilik I sebab I selalu duduk dalam tu. Jadi kalau tiba rajin sikit, I just capai kain ni dan lap sikit-sikit, setel kerja. Bilik pun dah kurang habuk-habuk berkumpul sebab I dah mula rajin mengelap sejak ada kain ni. Sebab sekali lap je, EnviroCloth ni dapat collect habuk dan serap air dengan banyak.



2.  Window Cloth *BacLock


Norwex Window Cloth

Untuk: Permukaan kaca (Tingkap, cermin, objek berkilat dll)

Kelebihan:

  • Mampu mendapatkan kilauan permukaan tanpa sebarang garis dengan mudah
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM89

Saiz: 45cm x 45cm

Warna: Ungu, Ungu Plum

Mini-Review: Window cloth Norwex bukan untuk tingkap sahaja tapi apa-apa jenis permukaan yang licin sesuai untuk guna. I banyak pakai Window Cloth dalam office I sebab tu I gantung sentiasa dalam office. Sebab kain ni senang sangat nak lap cermin dan permukaan yang berkilau. Gambar dekat atas ni I lap computer screen I sebab senang bercapuk dengan fingerprints. I tak lap kuat mana pun, dalam beberapa saat hilang dan berkilau. Selain tu I banyak pakai untuk lap barang-barang beauty sebelum I buat photoshoot gambar. Rumah I habuk banyak sangat sebab depan construction, so bila tangkap gambar produk selalu nampak habuk melekat, which bila edit gambar I rasa anoyying sangat. 

Sejak I pakai window cloth ni, I just lap roughly je, habuk senang je tanggal. Kalau yang jenis permukaan berkilau yang senang kena cap cari tu, just lap sental sikit dah hilang, dan biasanya I tak basahkan kain pun. Kalau tak dulu, kalau pakai tisu biasa, habuk tisu akan melekat, dan kalau pakai tisu basah, still kena keringkan dengan tisu baru permukaan cantik. Dengan window cloth Norwex I buat sekali kerja tak sampai beberapa saat, permukaan dah licin. 




3.  Kitchen Towel & Cloth + Textured *BacLock


Norwex Kitchen Towel & Cloth

Untuk: Mengelap permukaan dapur, menyerap tumpahan minyak, mengeringkan pinggan mangkuk dll

Kelebihan:

  • Mempunyai daya serap yang tinggi
  • Berkesan memerangkap & menyinkirkan kotoran dengan mudah
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

3.1. Kitchen Towel

Harga: RM89

Saiz: 65cm x 35cm

Warna: Buah Delima, Arang, Kabut Laut, Biru Teal, Biru Navy


3.2. Kitchen Cloth

Harga: RM49

Saiz: 35cm x 26cm

Warna: Buah Delima, Arang, Kabut Laut, Biru Teal, Biru Navy


3.3. Textured Kitchen Towel

Harga: RM95

Saiz: 65cm x 35cm

Warna: Kelabu Sisi Ungu


3.4. Textured Kitchen Cloth

Harga: RM57

Saiz: 35cm x 26cm

Warna: Kelabu Sisi Ungu

Apa beza Kitchen Towel, Kitchen Cloth dan Texture punya kain? Hanya saiz dan permukaan kain sahaja. Fungsi kesemua jenis kain adalah sama.


Mini-Review: Ini kain kesukaan I setakat ni. Kitchen Towel Norwex dah macam kain kesayangan dah sebab dalam sehari I pakai banyak kali. Guna, basuh, gantung, kering, repeat. I pakai kain ni untuk lap hampir keseluruhan dapur sebab puas hati bila sekali lap je hampir 80% bersih tanpa sental. Kitchen Towel Norwex mampu serap air dengan banyak dan mampu juga untuk collect particle yang bersepah-sepah dengan banyak dengan sekali lap. Sebab tu I highlight kain ni pakai memamg minimal sangat effort. Lap macam nak tak nak je tapi boleh bersih. I bukan overclaim tapi betul dari experience I.

Tapi, daya bersih sekali lap kain ni bergantung juga pada jenis kotoran. Kalau kotoran tu memang jenis yang degil, memang kalau you sental dengan kain biasa dan sabun pun susah nak hilang, dengan kain norwex ni pun ambil masa jugaklah nak sental. Ada juga kotoran degil yang kitchen towel Norwex tak boleh kasi hilang, tapi itu jenis yang even kain biasa pun susah nak hilangkan. Kalau tak caya cubalah experiment sendiri.

I ada buat experiment juga dengan cuci kitchen towel ni, sebab kitchen towel ni mampu serap minyak dengan mudah, banyak pulak tu. Tapi kain microfiber biasa masih tinggalkan minyak walaupun lap 2-3 kali. Dalam experiment I, seriously I terkejut dengan amount minyak dan kotorang kitchen towel norwex ni keluarkan bila basuh. Nanti I akan buat post asing untuk topik ni, sebab kalau I cerita jadi panjang sangat post ni nanti.




4. Counter Cloth *BacLock

Untuk: Sebagai ganti Kitchen Tissue (Lap minyak, Serap minyak pada makanan dll.) 

Kelebihan:

  • Apa sahaja fungsi 'Kitchen Tissue' boleh diganti dengan Counter Cloth 
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM89 (Set 3 Helai)

Saiz: 28cm x 13cm

Warna: Hijau, Emas, Biru Navy




5. Stainless Steel Cloth *BacLock

Untuk: Permukaan stainless steel, besi, dan lain lain

Kelebihan:

  • Mampu menyingkirkan tompokan comot dengan sekali lap
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM99

Saiz: 40cm x 40cm

Warna: Biru Steal




6.  Veggies & Fruit Scrub Cloth

Untuk: 2 permukaan kain untuk menghilangkan kotoran & menggilap sayuran, buah-buahan dll

Kelebihan:

  • 2 permukaan kain (kasar & licin) untuk dua fungsi berbeza
  • Permukaan kasar boleh mengupas kulit lobak / halia & yang bersesuaian
  • Permukaan licin untuk menggilap permukaan buah-buahan
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM59

Saiz: 32cm x 32cm

Warna: Hijau




7. Body & Face Cloth *BacLock

Untuk: Muka & Badan (Lebih sesuai untuk kegunaan muka kerana saiz kecil)

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan sebagai kain lap muka selepas mencuci muka
  • Feature BacLock dapat membunuh kuman dan membantu kulit daripada naik jerawat
  • Microfiber lembut tidak merosakkan kulit

Harga: RM85 (3 helai)

Saiz: 32cm x 32cm

Jenis Set: Coastal Three Pack, Siri Graphite, Siri Tranquil




8. Makeup Removal Cloth *BacLock

Untuk: Membersihkan makeup di muka dengan lembut

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif
  • Tidak perlu menggunakan produk bersihkan makeup (bebas chemical)
  • Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
  • Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)

Harga: RM85 (3 helai)

Saiz: 20cm x 20cm

Warna: Biru, Hijau, Ungu




8. Dry & Buff Car Cloth 

Untuk: Mencuci semua jenis kenderaan

Kelebihan:

  • Mampu mengeringkan permukaan kenderaan dengan cepat
  • Terdapat dua jenis permukaan untuk mengering dan mengilap kenderaan

Harga: RM115

Saiz: 40cm x 40cm

Warna: Kelabu Grafit





Di atas adalah antara kain-kain yang you boleh pilih untuk cuba kalau you baru nak mencuba Norwex.

Tapi pada I, yang basic you boleh dapatkan dulu adalah Enviro cloth & Kitchen Towel. Sebab itu yang you akan banyak pakai. Trust me.

Pada pendapat I, isu kain Norwex ni patut beli atau tidak bergantung pada diri masing-masing. Ada yang kata Norwex tipu, ada yang kata Norwex bagus, tapi pada I, itu semua bergantung pada preference you.

I punya stand di tengah-tengah, I tak kata produk Norwex ni SANGAT bagus dan I tak kata produk Norwex tak bagus LANGSUNG. I ada nampak juga ada certain orang overclaim produk Norwex ni tapi ada juga yang kutuk kaw-kaw which I don't feel both way either.

Pengalaman I guna kain Norwex ni memang ada beza daripada jenis-jenis kain lap microfiber yang I pernah pakai dulu. Pada diri I, yang I paling nampak beza adalah minimal effort, I tak perlu nak ambil masa sental lama. Just lap biasa-biasa je, dah bersih, then bilas dan gantung. Setel. Mudah kerja. Experience itu sebenarnya yang buat I tertarik dengan Norwex ni. Kalau I tak cuba dulu kain Norwex ni, confirm I tak beli kain ni sebab I pun skeptical dulu. 'Nak buat kain buruk je, kenapa nak beli yang mahal?' 

Tapi bila dah pakai sendiri, tangan I sendiri capai untuk pakai kain ni setiap kali. Mungkin satu sebab dia mahal, so I ada pemikiran yang rugi kalau tak pakai tapi sebab utama memang sebab minimal effort. Kalau ada tumpah sikit-sikit, sekali lap je dah settle sebab kain ni mampu serap kuat. Even husband I yang lagi skeptikal tu, dah beralih arah juga. Memang kain Norwex je dia capai, walaupun I masih gantung kain microfiber yang lain tapi dia capai Norwex punya juga. Haha...

Lagi satu kenapa I sekarang lebih beralih kepada Norwex sebabnya fungsi BacLock. Sejak kulit muka I teruk kena jerawat dulu, I mula amalkan personal hyegiene yang lebih strict. Ini kisah sebelum I tahu pasal Norwex lagi, I dah amalkan kerap cuci tangan, setiap sinki dekat rumah I ada handwash dan I amalkan cuci tangan sebelum buat apa-apa. So dalam sehari memang I kerap cuci tangan. Punca jadi macam ni sebab I mula sedar yang banyak sangat bacteria tak elok sekeliling. Lepas tu slowly I mula ambil langkah-langkah kebersihan lain macam pakai vacuum dust mite, kain lap muka asing dengan kain lap badan, tuala mandi every week tukar baru dan banyak lagi. Memang I jaga semua ni lagi-lagi sebab anak I yang bayi dulu sedang membesar, so I lebih bertanggungjawab untuk tahu lebih mengenai hygeine ni. I tak buat sekali gus, tapi perlahan-lahan I amalkan dalam rutin keluarga.

Sejujurnya, I tak ada terfikir pun akan pakai Norwex, tapi hati memang berminat dari first time dengar. Apa yang buat I tak beli-beli kain Norwex sebab harga dia mahal dan I memang jenis kalau barang-barang yang bukan keperluan I akan fikir beribu kali baru beli. Norwex pada I dulu memang kehendak, sebab I masih okay je pakai kain microfiber I yang murah. Tapi sekarang, masih lagi kehendak, tapi antara nak tak nak je. Sebabnya bila I dah cuba sendiri kain Norwex, I rasa seronok untuk mengemas dan at the same time I rasa kurang letih untuk balancekan life jadi suri rumah dan bekerja depan laptop.  Mesti mana-mana perempuan yang sudah berkahwin boleh relate betapa penatnya bekerja dan nak menguruskan rumah at the same time. Kalau boleh nak semua cepat settle supaya ada lebih masa untuk 'ME TIME' kan?

Ini yang I rasa bila I dah kena 'Norwexed', kerja jadi mudah dan cepat. Buat kerja malas pun boleh nampak bersih dan enviroment rumah pun jadi lagi best sebab bersih. I setakat ni ada 3 jenis kain je, tapi ini pun I dah topup a few more kain yang I akan review nanti. Tapi I tak kata sebab Norwex 100% rumah I bersih, I pakai vacuum yang juga memainkan peranan rumah I bersih dengan cepat. Pokok pangkalnya, diri sendiri kena ada niat nak mengemas, sebab kalau ada peralatan mengemas yang mahal tapi tak mengemas pun tak guna juga kan? So kalau you yang jenis macam I, kerja nak cepat je, Norwex antara tools yang akan membantu you untuk teruskan semangat untuk sentiasa kasi rumah you bersih. Walaupun tak ada maid, tapi dengan sedikit bantuan daripada produk yang tertentu, you tak akan rasa letih sangat bersihkan rumah.

Kalau you teringin nak cuba Norwex tapi sama kes dengan I, (takut nak beli sebab bukan keperluan tapi lebih kepada kehendak) boleh contact Wahidah (my sister) she is more experienced, dia boleh bantu you dapatkan Norwex pertama you. 


Tekan je button di bawah untuk Whatsapp untuk hubungi Wahidah:

whatsapp button

Harap dengan post I yang ini, you all dah lebih clear tentang jenis-jenis kain Norwex dan kegunaanya.

0 comments