Cara Kawal Gadjet Anak


Cara Kawal Gadjet Anak melalui applikasi

Anak ketagih gadjet? Macam mana nak kawal? Susahnya rasa bila nak kawal pengunaan gadjet anak ni. Ye la zaman sekarang kan, budak kecik dari umur setahun dah ada gadjet dia sendiri. Memang ramai akan kata budak kecik tak elok bagi gadjet lagi-lagi telefon pintar. Memang! I setuju TAPI bukan senang untuk buat. Ada je ibu bapa yang berjaya tidak memberikan apa-apa gadjet pada anak mereka, taniah pada mereka. Perkara ini tidak mustahil tapi susah dan I antara parents yang tidak dapat atasi masalah pemberian gadjet kepada anak I. Jujur I kata, I banyak bergantung kepada telefon pintar untuk alihkan perhatian dia dari dia kecil lagi. Jadi bila anak I dah mula membesar dan terbiasa pegang telefon pintar, I jadi semakin risau. Ye la, sebab I tahu memang gadjet kena kawal, jadi I cuba macam-macam cara untuk kurangkan pengunaan telefon dan akhirnya I jumpa satu teknik mudah bagaimana. I kawal gadjet dia daripada telefon I sahaja. Sejak I pratikkan cara ni, I dah ada jadual dan rutin yang tetap untuk dia tanpa sentiasa lupa lagi. Mudah! Nak tahu macam mana? Teruskan membaca...


Anak I sekarang umurnya 3 tahun, I dah bagi dia guna telefon pintar dari umur setahun lagi, tapi bila umur dia 2 tahun yang I mula rasa takut sebab dia dah mula ketagih. Dari situ I cuba macam-macam cara untuk kurangkan pengunaan gadjet dia. Ramai kata kena banyak bermain dengan anak dan so on, tapi I tak nak mention pasal topik itu lagi.


Cara pertama I cuba, I sorokkan telefon dia, perkara ini tak menjadi sebabnya dia akan cari, kadang-kadang jumpa, kalau tak jumpa, mulut dia akan bising sampai dapat. Husband I paling tak tahan kalau mulut dia bising, dan selalunya dia akan bagi juga.


Kadang-kadang pasal memberi gadjet pada anak ni pun boleh jadi gaduh suami isteri. Sebab my husband and I dua-dua muda and dua-dua pun jenis tak pandai melayan budak dari dulu lagi. Jadi bila dapat anak sendiri ni banyak nak kena belajar. Kadang-kadang rasa give up jugak, nak ambil jalan mudah je tapi anak sendiri kan, parents mana yang tak sayang anak. 


So I ambil inisiatif lain dengan kerjasama my husband, we try to set timing untuk kawal pengunaan gadjet anak. Cara ini pun tak menjadi sebab kami tak konsistent. Dengan kerja masing-masing, kami selalu lupa, then masa tak kena jadi my son tak faham the rules.


At that time juga, my son dah pandai control youtube, like search for cerita yang dia nak. And dia suka tengok video-video dinasour yang lawan-lawan tu. I tak suka, sebab it shows scenes yang tak proper for him. Selain tu dia suka tengok video yang merepek which is not educational. I nak bukakan dia TV but at that time our place tak ada TV, sebab kami suami isteri memang jenis pakai phone je. So tak ada rasa urgency nak beli TV.


Inisiatif I pada masa tu adalah install Youtube Kids, sebab Youtube Kids video dia dah dikawal dan ditapis untuk tontonan budak. TAPI problem dia I nak unintsall Youtube dekat telefon my son tak boleh. Sebab OPPO punya phone, Youtube tu memang dah pre-installed app. Serious rasa nak carut je (memang dah carut dah pun) geram je rasa. I cuba sorokkan Youtube apps dalam folder sedalam-dalamnya, so dia susah nak jumpa. TAPI DIA JUMPA JUGAK! Banyak kali I kena alihkan Youtube tu and sorrokkan app tu dekat folder lain-lain. TAPI DIA SENTIASA JUMPA! Dan dia kenal pulak tu beza Youtube Kids dengan Youtube biasa. Aduhaiii anak...


So sampai satu tahap I dah tahap geram sangat sebab my husband pun tahu gelak-gelak je dengan gelagat anak dia. I went into Play Store dan try cari apps yang boleh block terus Youtube ni. (Gigih tau cari, macam-macam app I install) Kebetulan I jumpa Apps yang lagi bagus!


Aplikasi Mengawal Gadjet Anak

Nama Aplikasi: Family Link

Ini antara apa yang boleh dibuat:


Aplikasi untuk kawal gadjet anak

1. Sorokkan aplikasi yang tidak patut

Tujuan utama I cari aplikasi ini adalah sebab nak sorokkan youtube completely from his phone. Penat dah asyik nak kena marah dia sebab buka Youtube je. So dengan apps ni, bukan je you boleh sorokkan Youtube, tapi boleh sorokkan apa-apa apps yang tak perlu pun untuk your child. Tak kisahlah games atau pun apps media, semua boleh.


cara lock phone anak dengan mudah

2. Lock/Unlock dengan mudah

Yang ini I paling suka, nak kunci gadjet anak dari handphone kita je. Mudah! Tak perlu nak berlari berkejar anak semata nak ambil gadjet dia lagi. Lock je terus dari phone kita, dia dah tak boleh bukak dah unless kita bagi kebenaran untuk buka semula. I suka pakai function ni bila nak suruh anak I tidur tengahari, I bagi 30 minutes screen time and then time for a nap. Kadang-kadang dia mengelat, so bila I start pakai function lock phone ni, mula-mula dia terjerit-jerit bila screen terus hitam. Lama-lama dia dah faham dah. I cakap sekali je bila time for nap, dia terus letak phone sebab dia dah tahu memang tak boleh tengok dah pun. Hehehe...


3. Tentukan jadual pengunaan gadjet untuk anak

Yang ni pun I suka! Sejak pakai ni I kebetulan dah setkkan jadual for my son's screen time. I setkan gadjet dia boleh dibuka dari pukul 7pagi hingga 11.00malam je tiap-tiap hari. Selalunya pagi dalam pukul 7 pagi, anak I bangun, dia nak screen time about half an hour, sementara I ambil masa untuk siapkan diri I, mandi and pakai skincare semua. Hehe... (Kita sebagai ibu pun kena jaga kecantikan jugak). Dah lepas settlekan diri sendiri baru I settlekan my son.


Baca: Rutin Harian Suri Rumah & Tips Bangun Awal


Untuk malam sebelum tidur I bagi dia about an hour screen time before bed sementara I nak siap-siapkan diri pakai skincare malam pula. Tapi sebelum pukul 11.00malam tu I dah siap-siap bawa dia pergi toilet and tukar pampers dia sekali. So bila phone dia keluar notifikasi 'Time For Bed' dia dah terus naik katil untuk tidur. Masa mula-mula dia marah jugak sebab mak bapak dia masih pegang phone masing-masing kan. Lama-lama I dah terikut sebab nak set example for him. Pukul 11.00 malam I pun dah put away my phone and gelapkan bilik. Tinggal satu dim light je sebab my husband night owl. (My husband selalu tengok TV tapi I tak bagi sebab silau bila bilik dah gelap) so dia boleh main phone dia je. I just hope Maliq tak ikut macam ni la. 


Anyhow, schedule macam ni bagus bukan setakat untuk anak je, tapi untuk parents juga. I ingat next year I nak cepatkan his bedtime to 10.00pm. Sebab next year nak hantar dia pergi sekolah dah. I tak tahulah my husband agree ke tak bilik dah gelap pukul 10.00 tu but I'll have to take time to talk him about this la. (Apparently my husband pun macam budak jugak sometimes... haihhh...) Dulu my husband tak ada bedtime, tapi I ada bedtime, pukul 9.00 malam lagi. Hehe... So I rasa nak implement that on my son as well sebab I nak dia senang bagun pagi, which is for now I tak risau pun sebab dia memang bangun pagi.


4. Pantau Aktiviti Gadjet

Applikasi dalam phone my son tak banyak dah yang dia boleh access, ada Youtube Kids dan a few games. Macam Talking Tom dengan Baby Bus Ice-Cream maker. Game budak-budak so I tak kisah, lagipun dia main kadang-kadang je. My son cepat bosan. LOL... Tapi dengan app ni, I boleh lihat berapa lama dia spend time pada satu app. Setakat ni Youtube kids jela paling lama but it's good knowledge to us la seba bkita tahu average masa dia spend a day untuk a certain application.


5. Kawal aplikasi gadjet anak

Ini feature yang paling I suka. Aplikasi ni boleh dikawal dari phone ibu je, bukan sahaja sesuai digunakan untuk anak-anak yang masih kecil tapi untuk anak-anak remaja yang masih bersekolah lagi. Dari sini kita sebagai ibu bapa dapat ambil langkah untuk membendung aktiviti-aktiviti cyber yang tidak sihat di kalangan kanak-kanak dan remaja. You boleh pilih macam mana nak control aktiviti anak you. Untuk my son I belum buat advance setting lagi sebab dia hanya ketagih dengan Youtube. Tapi untuk my sister I kawal. Eh??... Adik pun kena kawal? Yes! 


I anak sulung dan adik I masih bersekolah, my parents tak pandai sangat tengokkan apa my sister buat but I know. Since dia request personal phone, which adik-beradik lain tak pernah dapat from our parents, I pastikan dia tak ada agenda lain selain untuk purpose pembelajaran je. Mudah je I kawal phone dia walaupun tak duduk serumah. Ini cara dia:


1. Minta approval untuk download app

Kalau nak muat turun aplikasi, dia boleh request nak download app dari phone dia sahaja. Kalau kita bagi, boleh tekan approve di phone kita sahaja. Kalau kita tak approve, dia tak boleh install pun.


2. Limitkan Masa Untuk Aplikasi Tertentu

Baru-baru ni, my son ketagih TikTok. Alahaii... Takut dibuatnya, puncanya daripada I jugak. I install Tiktok at my phone lepas tu I tengok gelak-gelak, then my son tengok sekali then dia terus suka. Yang dia suka tengok video kucing, tergelak-gelak dia tengok kucing, sampai berebut phone dengan I, memang tak boleh kerja la jawabnya. So I install TikTok dekat phone dia tapi limitkan masa sejam je sehari boleh tengok.  Lama-lama dia bosan sebab bila buka dah limit masa, I sorokkan terus app tu dari phone dia. Mula-mula dia cari juga tapi bila dah tak ada dia senyap dah. Phone I pun dia tak ambil. Since dia dah tak cari Tiktok ni, I berhati-hati tak buka TikTok depan dia. Haha...


cara kawal broswer anak di phone

3. Sekat Browsing di Chrome

Ini paling berguna terutama kalau nak kawal anak remaja, sebab ada personal access ke internet browser dengam screen yang kecik, senang je nak sorok kalau diaorang masuk website yang bukan-bukan. Kalau anak yang tech savy, browsing history mesti dipadam awal-awal, sebab tu kita sebagai parents pun kena tech savy jugak. Hehe...

I bagi contoh adik I la, sebab untuk anak I belum masa dia lagi pakai google. Adik I minta personal phone sebab di sekolah dia perlu pakai phone untuk cari maklumat. I tahu dia buat gimmick je tu tapi kesian juga dekat dia kalau kawan-kawan dia semua ada phone tapi dia tak ada. So I usahakan jugaklah nak bagi dia phone siap dapat pujuk my dad add an extra phone line for her untuk pakai internet data ok. Senang my sis, tak macam adik beradik I yang lain, semua cari sendiri. So of course la I pastikan she only used it for study purposes only.

Bulan pertama I biarkan je browsing dia di chrome tanpa sekatan. After a month I tengok dia punya browsing history dari phone dia, sebab dari aplikasi family link tak boleh tengok dan sangkaan I memang betul. Browsing history dia penuh dengan k-drama portals. Apa lagi, kenalah ceramah panjang lebar dengan I. Sebabnya di rumah pun kerja dia menghadap Netflix dekat TV je, rupanya dekat sekolah pun dia ambil kesempatan. 

I terus block semua portal k-drama dia. Then next month I check balik browsing history dia, drama tak boleh buka dia banyak masuk website hiburan pulak. Dari situ I terus block access dia masuk mana-mana website. Kalau dia nak masuk certain website kena ask for approval. Kena pulak waktu tu kerajaan declare PKP and tak perlu pergi sekolah, so I tak rasa bersalah buat macam tu sebab dia boleh access internet untuk kerja dari laptop. If dari laptop susah sikit dia nak ambil kesempatan sebab screen besar and my mum boleh pantau.

So I rasa feature ni sangat handy untuk kawal anak-anak remaja. Even my son dah besar nanti I akan buat macam ni jugak untuk disipline kan dia.

I dah pakai app ni dari awal tahun ni and so far I'm satisfied. I tak pernah lagi experience any glitches dari app family link ni. It's a FREE APP so tak perlu risau dengan subscription fees. Ini salah satu inisiative google untuk kanak-kanak. So itu cara mudah I macam mana I kawal gadjet anak.

Till then peeps!

2 comments

  1. Bagus apps ni. Anak jadi disiplin ikut timing waktu bila bole guna. Waktu bila bole stop. Good sharing mira.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..tgu ank besar sikit boleh bagi fon

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.