Apa Itu Exfoliation? Kenapa Perlu Exfoliate? Perlu Tahu!


Apa itu exfoliotasi?

Bagaimana cara Exfoliotasi? Exfoliotasion? Ini pertkataan yang selalu kita dengar dalam skincare. Kalau nak beli satu-satu produk, selalunya akan ada sebut tentang exfoliotasi in english 'exfoliation'. I mention exfoliation je la senang. Kenapa exfoliation 'highlight' yang penting dalam skincare? Kenapa ramai bagi review produk ni bagus untuk exfoliation? Apa exfoliation tu sebenarnya? Apa kesannya pada kulit kita? Dan produk apa yang perlu kita ambil untuk exfoliation ni? Ok dalam post ni I terangkan secara ringkas untuk you guys yang baru nak tahu info ni. Kalau you guys dah expert, move on and baca post lain, this one is not for you. This is like a simple beginners guide. So siapa yang nak tahu keep on reading.


Apa Itu Exfoliation?

Exfoliation | Exfoliating merupakan proses membuang sel kulit mati dari permukaan kulit muka mengunakan 'exfoliation tool'. 
Kulit kita secara semula jadi akan membuang sel kulit mati untuk membuka ruang untuk sel kulit baru setiap 30 hari.
Tapi ada kalanya, sel kulit mati tidak dapat dibuang sepenuhnya secara semulajadi. Ini boleh menyebabkan kulit kering, mengelupas, dan juga pori-pori tersumbat. Exfoliation membantu mengelak daripada keadaan ini berlaku.

Macam Mana Nak Exfoliate?

Terdapat 2 jenis cara macam mana nak exfoliate iatu:

Manual Exfoliation

Dengan pengunaan alat-alatan 'scrub'. Sama ada kain atau spun yang texture dia sedikit kasar untuk scrub keluar sel kulit mati. Cara ini juga diguna bersama exfoliant.

Chemical Exfoliation

Mengunakan AHA atau BHA yang merupakan chemical exfoliators.
  • AHA: Glycolic Acid / Lactic Acid merupakan tiny molecules yang menyerap ke dalam lapisan atas kulit untuk membantu memecahkan dan membuang sel kulit mati.
  • BHA: Salicylic Acid berfungsi serupa dengan AHA, cuma BHA dapat meneyerap kedalam pori sekali (AHA tak boleh). Menjadikannya sesuai untuk acne-prone skin.


Exfoliation Jenis Apa yang Lebih Bagus? 

Chemical Exfoliation memberikan kesan yang lebih efektif kerana dapat menyerap dalam kulit dengan lebih dalam dan ianya lebih lembut pada kulit. Manual Exfoliation lebih kasar dan kalau tak dibuat dengan betul boleh merosakkan kulit. Jadi ramai yang skincare addicts memilih chemical exfoliation kerana lebih mudah untuk dipakai dan lebih banyak pilihan.

P/s: Nanti we go in deeper in Chemical Exfoliants in another post

Kenapa Exfoliation Penting?

Kulit kita akan mula hilang kuasa pemulihan sendiri apabila usia meningkat. Maksudnya, bila dah berumur, kulit kita pun perlukan bantuan unutk kekal cantik seperti muda-mudi dulu. Exfoliation yang bertujuan membuang kulit mati di permukan kulit dapat membantu skincare produk kita untuk berfungsi dengan lebih efektif dengan membolehkannya masuk ke dalam kulit dengan lebih mendalam. Hasilnya kulit menerima lebih banyak kebaikan daripada pengunaan produk skincare apabila sel kulit mati dah tiada. Rugi kalau beli skincare mahal-mahal tapi tak ada effect pada kulit kan? Exfoliation salah satu cara untuk selesaikan masalah tu.


Berapa Kerap Kena Exfoliate?

Bergantung pada kulit sendiri.

2-3 kali seminggu: Beginner, kulit kering & kusam
1-2 kali seminggu: Kulit normal
1 kali seminggu: Kulit 'glass skin', glowing

You guys kena pandai tengok kulit sendiri. Tapi recommended for normal skin 1-2 kali seminggu je.

Kalau Nak Exfoliate Lebih Boleh Ke?

Elakkan. Kesannya skin barrier akan lebih menipis which is not good also. So nak exfoliate ni pun kena berpada-pada juga. Just know your skin then akan okay je.

Kalau Tak Nak Exfoliate?

Macam I explain dekat atas tadi, tujuan exfoliate untuk membuang sel kulit mati. Jadi kalau tak exfoliate skincare yang beli mahal-mahal tu tak dapat nak gunakan kuasa sepenuhnya. Maka kulit kita akan sentiasa nampak kusam dan tak bermaya dan boleh jadi juga punca kulit berjerawat sebab pori-pori tersumbat. 


Macam Mana Nak Exfoliate Mengikut Jenis Kulit?


1. Kulit Sensitif

1-2 kali seminggu. Guna produk yang mengandungi lactic acid sebab ia gentle exfoliate dan dapat memberi hydrasi yang secukupnya. Lebih baik jangan mengunakan teknik manual exfoliation, dan pastikan pakai moisturizer selepas exfoliate.

2. Kulit Kering

Sangat perlu exfoliation agar kulit tidak merekah jadi perlu exfoliate lebih kerap dalam seminggu.

3. Kulit Biasa / Kombinasi

Boleh guna pelbagai facial acids seperti glycolic dan salicylic acid ataupun boleh juga pakai skin device untuk deep cleanse kulit, sebab kulit jenis ini boleh tahan kebanyakkan acid. Cuma jangan terlebih pakai je la. Exfoliate 1-2 kali seminggu.

4. Kulit Berminyak

Sangat penting untuk kerap exfoliate untuk mengelakkan jerawat, blackheads dan juga pori-pori tersumbat. Disarankan untuk menggunakan Salicylic Acid.


Rekomendasi Produk Exfoliation?


Ada banyak jenis produk exfoliasi di luar sana tapi I boleh share dengan you guys apa yang I pernah pakai je. 


1. Pixi's Glow Tonic
Review: Pixi Glow Tonic Collection From Pixi Beauty



2. Axis-Y 6+1+1 Advanced Formula Range
Review: Axis-Y Daily Purifying Treatment Toner & Intensive Barrier Ampoule



3. Pixi Glow Tonic Serum



4. Paula's Choice Skin Perfecting 2% BHA (Salicylic Acid) Gel
Review: Paula's Choice Hydralight Skincare Range For Combination Skin

Paula's Choice Salicylic Acid Review

Produk ni dari Paula's Choice sangat bagus dan ramai recommend pengunaan produk ni untuk Salacylic Acid. Produk ni juga produk pertama I guna untuk Salacylic Acid dan kulit I masa tu sangat cantik, licin dan glowing. Cuma masa tu, I tak berapa arif on Salicylic Acid jadi I tak tekankan sangat on this produk. Tapi bila dah tahu apa itu Salicylic Acid sebenarnya, I terus teruja.


5. Cosrx Salicylic Acid Cleanser



Ini sahaja lebih kurang yang I tahu tentang exfoliation. I bukan expert, jadi kalau you guys nak tahu lebih lanjut google je. I pun dapat info-info ni semua dari Google, cuma kena banyak membaca je untuk faham sebab terdapat banyak jenis pendapat on skincare ni. Basicnya, just know your skin, sebab setiap individu punya kulit tak sama.

Till then peeps!

0 comments