Cara Pilih Sunscreen & Sunblock | Jangan Bazir Beli Yang Salah!

Cara Pilih Sunscreen atau Sunblock

Cara memilih sunscreen atau sunblock sebenarnya mudah tapi boleh mengelirukan kalau tak faham basic rules dengan macam mana nak memakainya. Apa yang you perlu tahu mengenai sunscreen / sunblock? I ringkaskan jawapannya semua dalam post ni. Lepas baca post ni confirm you dah tahu sunscreen apa yang you boleh beli untuk cuba. 


Apa itu sunscreen / sunblock?

Ia merupakan satu langkah penjagaan kulit (skincare) daripada sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan pelbagai kerosakkan kulit. Sunscreen dan sunblock merupakan dua jenis perlindungan yang berbeza tapi tujuan dia sama sahaja. Boleh baca Beza Physical Sunscreen Dengan Chemical Suncscreen


Kenapa perlu pakai sunscreen?

Tujuan utama kebanyakan dertamologist menasihati semua untuk memakai sunscreen adalah disebabkan sinaran UVA dan UVB yang datangnya daripada matahari. Walaupun matahari sangat penting dalam kehidupan kita tetapi sinarannya boleh merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan lebih cepat. Oleh itu, pemakaian sunscreen amat digalakkan dalam pengunaan harian kita. Sebenarnya ia adalah WAJIB! Penting mencari sunscreen yang ada SPF dan PA juga.



Apa itu UVA dan UVB rays?

Cahaya matahari terdiri daripada 2 jenis pantulan yang berbahaya iatu Ultraviolet A (UVA) rays dan Ultraviolet B (UVB) rays. Terlebih dedahan kepada kedua-dua sinaran ini boleh menyebabkan cancer kulit. Oleh itu, sunscreen amat penting untuk dipakai setiap hari walaupun berada di dalam rumah.


UVA rays

Boleh menembusi kaca dan masuk jauh ke dalam kulit dan menyebabkan tahap imunisasi kita terganggu yang boleh menyebabkan penyakit kulit termasuk juga wrinkling dan age spots.


UVB rays 

Tidak boleh menembusi kaca dan merupakan sinaran yang menyebabkan kebakaran kulit (burning rays).



Apa SPF dan PA dalam sunscreen?

Untuk melawan dan melindungi kulit daripada kedua-dua sinaran berbahaya ni, kita perlukan SPA dan PA dalam sunscreen.

SPF

SPF melindungi dari UVB. Ia 'Sun Protection Factor' dan ia melindungi kulit daripada sinaran UVB. Selalunya SPF datang dengan nombor. Nombor itu adalah maklumat yang berapa lama sunscreen itu dapat melindungi kulit you.

Di bawah jadual ringkasan pemilihan SPF.

cara memilih SPF dalam sunscreen
Kalau kita rumuskan dari jadual atas, ia mengikut dengan tona kulit. Kalau kulit cerah seeloknya pakai SPF yang lebih tinggi.


PA

PA melindungi dari UVA. Adalah 'Protection Grade of UVA' dimana ia melindungi kulit kita daripada sinaran UVA. Tahap dia diukur melalui simbol + dimana lagi banyak simbol lagi tinggi dia punya perlindungan.

PA+ = Sedikit perlindingan UVA 
PA++ = Sedang perlindingan UVA 
PA+++ = Tinggi perlindingan UVA 
PA++++ = Amat Tinggi perlindingan UVA 


Bagaimana Memilih Sunscreen & Sunblock?

Terdapat pelbagai jenis pilihan sunscreen yang kita boleh dapati di pasaran sekarang. Macam mana nak pilih sunscreen yang sesuai untuk diri sendiri? Berikut adalah antara tips utama yang you guys boleh gunakan.

1. Pilih Broad Spectrum

Apa itu broad spectrum? Broad Spectrum bermaksud perlindungan antara UVA dan UVB rays. Jimat duit kalau beli terus sunscreen yang boleh lindungi daripada kedua-dua sinaran ni. Lagi-lagi kita dekat negara yang sentiasa ada cahaya matahari, seloknya beli yang macam ni. Kebanyakkan brand yang keluarkan sunscreen sekarang memang banyak mengelurakan produk broad spectrum, jadi you takkan ada masalah nak jumpa.


2. Mengandungi SPF 30 keatas

Seperti yang I terangkan di atas, SPF membantu untuk melindungi kulit daripada UVB di mana ea akan menyebabkan penyakit kulit. Dalam jadual di atas kita nampak SPF dibezakan mengikut tona kulit, tapi apa maksud sebenar nombor-nombor SPF ni? Ia merupakan peratus sekatan terhadap sinaran UVB di kulit. Di bawah I senaraikan jenis-jenis pecahan SPF yang berada di pasaran:


SPF 15 menyekat 93 % sinaran UVB
SPF 30 menyekat 97 % sinaran UVB
SPF 50 menyekat 98% sinaran UVB
SPF 100 menyekat 99% sinaran UVB


Kalau you perhatikan betul-betul, jumlah penyekatan setelah SPF 30 ke atas tidak banyak beza pun. Itu yang ramai menyarankan sebaiknya mengunakan SPF 30 dan SPF50 sahaja. Tidak perlu lebih dari itu. 


3. Mengandungi PA+++ keatas

PA adalah untuk melindungi kulit kita daripada terbakar. Seperti jadual dia atas, seeloknya di negara kita yang kulit sentiasa terdedah kepada matahari adalah dengan memilih PA+++ dan PA++++ supaya dapat perlindungan yang lebih tinggi. 


4. Mengikut kesuaian kulit

Tona kulit memain peranan dalam pemilihan sunscreen tapi jenis kulit pun patut diambil kira. Untuk kulit sensitif dan mudah naik jerawat, seeloknya memilih Physical Sunscreen dibandingkan dengan Chemical Sunscreen. Tapi untuk jenis kulit yang lain boleh pakai kedua-dua jenis sunscreen ni, bergantung juga pada bahan-bahan lain yang terkandung dalam produk yang dipilih.


5. Mengikut acara

Jangan limitkan diri dengan satu jenis sunscreen sahaja. Seeloknya ada 2 atau 3 jenis sunscreen yang sesuai dengan aktiviti harian you pada hari itu. Contoh di bawah:


1. Aktiviti Outdoor: Pilih water-resistant
2. Aktiviti Indoor: Pilih non-water-resistant


Tapi ini cuma pendapat I sahaja dari pengalaman I. Kenapa I kategorikan macam tu? Sebab aktiviti diluar selalunya akan membuat kita berpeluh dan bila berpeluh, sunscreen akan cair dan tidak lagi berkesan. You perlu sentiasa pakai semula. Kalau hanya duduk di rumah, I akan pilih yang tidak waterproof dan lebih moisturing, sebabnya I senang basuh untuk solat tanpa perlu pakai remover. Sebab pakai waterproof punya sunscreen, dia akan block kulit macam pakai foundation dan susah nak hilangkan dengan hanya bilas dengan air sahaja. Kalau pakai non-waterproof sunscreen di rumah, setiap kali waktu solat I boleh bilas dengan air sahaja dan pakai semula lepas habis solat.


Cara Pilih Sunscreen / Sunblock Mengikut Jenis Kulit

Bagaimana nak pilih sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat? Sunscreen apa yang elok untuk kulit kering? Ini antara persoalan yang kita selalu tanya pada diri kalau nak beli sunscreen atau sunblock kan? 

Apa yang you boleh consider adalah dengan melihat dari segi bahan yang digunakan, jenis sunscreen (cream, lotion. etc) dan finishing yang dihasilkan (matte, sheer, etc). Ini antara tips dari ioniqskin.blog bagaimana memilih sunscreen atau sunblock mengikut kesesuaian kulit.

1.  Kulit Normal

Semua jenis sunscreen boleh pakai. Spray, cream atau stick semua boleh cuba.

2. Kulit Kering

Sunscreen untuk mereka yang kulit kering, cari yang mempunyai bahan-bahan yang melembapkan seperti
hyaluronic acid atau glycerine. 

3. Kulit Berminyak

Elakkan sunscreen yang mempunyai texture yang creamy. Sunscreen macam ini selalunya melekit dan berat untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Seeloknya cari sunscreen yang water-based dan mempunyai label 'ultra-light'. Lebih bagus kalau cari sunscreen yang mengandungi bahan tea tree oil atau niacinamide untuk membantu kulit you mengawal minyak.


4. Kulit Sensitive

Lebih baik memilih physical sunscreen kalau mempunyai kulit sensitif. Ini kerana physical sunscreen bertindak dengan menjadi pelindung kepada kulit dengan menyekat UV rays. Oleh itu, physical sunscreen kekal di outermost layer kulit tanpa menyerap ke dalam kulit.


5. Kulit Berjerawat

Seperti mereka yang mempunyai kulit sensitif, pilih physical sunscreen yang mempunyai bahan mineral sunscreen, seperti zinc oxide atau titanium dioxide. Antara faktor mempunyai kulit berjerawat juga adalah kerana kulit berminyak, oleh itu pilih water-based sunscreen yang ringan untuk memberi kulit bernafas tanpa menutup pori.



Fakta Penting Tentang Sunscreen

Di bawah antara soalan-soalan penting yang selalu ditanya mengenai sunscreen dan wajib juga anda tahu untuk pastikan you mengunnakan sunscreen dengan betul. Ada antara info yang I rujuk di goodhousekeeping.com


Bila perlu pakai sunscreen?
Setiap hari selepas pakai skincare. Sunscreen adalah langkah yang terakhir dalam skincare sebelum pakai makeup. Pastikan memakai sunscreen 30 minit sebelum kulit terdedah kepada cahaya matahari, untuk memastikan ia dah betul-betul serap kedalam kulit.


Perlu pakai walaupun hari mendung?
Perlu, walaupun tidak nampak matahari tetapi UV dan UVB rays masih ada di siang hari.


Perlu pakai pada waktu malam?
Tidak perlu. Focuskan malam untuk pakai skincare yang memberi hydration kepada kulit.


Cara pakai sunscreen dengan betul?
Untuk pakai sunscreen di muka, you boleh gunakan sebanyak 2 jari produk. Tak perlu lebih dari itu dan jangan kurang. Pastikan you sapu ke dalam kulit sampai dah tak nampak apa-apa white cast.


Berapa kerap kena pakai?
Macam I terangkan di atas, ia bergantung pada produk yang you pilih. Seeloknya 4 jam sekali dengan SPF50 PA++++.


Apa akan jadi kalau pakai sekali sehari?
Sunscreen akan jadi kurang berkesan dan akan menyebabkan kerosakkan dan kegelapan kulit sama seperti tidak memakai sunscreen. Jadi kenapa nak sia-siakan usaha awal dengan memakai sunscreen dengan tidak reapply semula. Seloknya boleh cuba buat 3 kali sehari, waktu pagi lepas pakai skincare, waktu tengahari lepas solat zohor dan waktu petang lepas solat asar. Ini tips I untuk konsistent pakai sunscreen.


Macam mana nak reapply kalau pakai makeup?
Sebelum pakai makeup pastikan pakai sunscreen sebelum apply primer. Untuk reapply balik perlindungan dari matahari boleh consider pakai sunscreen yang jenis spray tapi ada potensi makeup boleh rosak kalau pakai spray sebab ada certain spray yang menghasilkan white cast. Kalau nak selamat, reapply pakai BB cushion yang dah ada SPF siap-siap.


Kalau moisturizer dah ada SPF perlu pakai sunscreen lagi ke?
Perlu! Hanya sunscreen sahaja yang betul-betul memberi perlindungan daripada sinaran UV. Skincare dan makeup yang ada SPF hanyalah tambahan. Susah nak agak berapa percentange perlindungan UV yang diberikan untuk kulit kecuali dinyatakan. Dan penting untuk you all tahu, kalau moisturiser ada SPF15 dan sunscreen ada SPF30, ini tak bermaksud you akan dapat SPF45. You tetap hanya dapat perlindungan SPF 30 sahaja.



Sunscreen apa sesuai untuk daily use?

Ikut kesusaian kulit you tapi di bawah ni antara pilihan I.

1. Some By Mi Truecica Mineral 100 Calming Suncream 50PA++++


Some By Mi Truecica Mineral 100 Calming Suncream 50PA review


2. Axis-Y Complete No-stress Physical Sunscreen

Axis Y Sunscreen Review Physical Sunscreen

Untuk lihat lebih pilihan sunscreen yang telah I cuba boleh tekan link bawah:



Itu sahaja tips dari I  bagaimana memilih dan memakai sunscreen dan sunblock. Setiap orang berbeza-beza jadi mungkin cara I tak sama dengan cara orang lain.

Till then peeps!

18 comments

  1. thank you for the tips mira! sunscreen la paling susah nak pilih walaupun paling penting dalam routine huhu

    ReplyDelete
  2. Thanks for tips dear. Untuk kulit yang sihat, memang perlu pilih sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita

    ReplyDelete
  3. Yep, these are the correct tips to select a suitable sunscreen for yourself. I love Faceshop SpF50 sunscreen. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haven't tried any sunscreens from The Faceshop yet but I'll look into it.

      Delete
  4. Memang tak pernah miss pakai sunscreen. Sejak nad tau sunscreen ni penting pakai sejak tu memang setiap kali keluar nad pakai. Banyak jensi sunscreen sekarang.

    ReplyDelete
  5. Sis kan bab suncreen ke sunblock ke memang tak pandai, anak Sis yang belikan dan carikan mana yang sesuai hehehe..

    ReplyDelete
  6. Yes. Rawlins percaya dengan penggunaan sunscreen nie. And Rawlins paling tak suka yang buat white cast kalau lepas pakai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Physical Sunscreens je normally ada whitecast. So Rawlins boleh cuba chemical sunscreens. Normally chemical tak ada white cast. Pakai pun sekejap je.

      Delete
  7. this is so useful. i have learned so much from this article and now i know how to take care of my skin :)

    ReplyDelete
  8. Yeah,, this article re-validate my understanding on how to choose a good Sunscreen.. But just to check if you have any idea on the water resistant sunscreen, this might be good on us for outdoor but how about the environment impact especially for us that go for snorkeling or diving and we use the water-resistant sunscreen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, water resistant sunscreens are meant for outdoor use. If you're doing sport activity, you can always look for sunscreens that promotes for sports. There are a few brands available in the drugstore.

      Delete
  9. Thanks for the informative post babe. I wish to give Some By Mi Truecica Mineral 100 Calming Suncream 50PA++++ a try soon coz I read your good reviews of it

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's one of the best sunscreens I've tried! You should totally try it.

      Delete
  10. Info dan tip yang sangat berguna mira. Masa baca entry ni tadi terus terbayang2 sunscreen sisyat kat rumah ni. Nasib baik ada 2 3 sunscreen. Semua spf50++++.. 😊

    ReplyDelete
  11. info bagus. za pun lebih pakai physical dari chemical tak sesuai kat kulit.. belum try lagi mineral sbb nak habiskan dulu.. skang pakai nuvits pun rasa bagus dah...

    ReplyDelete
  12. Ena memang tak boleh skip Sunscreen dlm rumah pon pakai siang sebab senang naik jeragat. So pilihan ena spf 50

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.