LANGKAH KELUARKAN DUIT KWSP
Sebenarnya I dah buat pembayaran dari tahun lepas lagi, you boleh refer gambar-gambar I share nanti. I dah lama nak share pasal ni, tapi asyik lupa je, so screenshots yang I tunjuk ni dalam website baru, tapi I buat permohonan masa website lama lagi. Tapi layout je rupa different, overall process dia sama je.
Proses untuk mengeluarkan duit KWSP boleh dibuat online sahaja di laman web KWSP melalui 'e-pengeluaran' daripada Akaun 2. As long ada duit dalam Akaun 2, boleh mohon untuk mengeluarkan duit untuk pelagai tujuan. Tapi untuk post yang ni, tujuan pengeluaran adalah 'Education'.
1. MOHON PENGELUARAN
2. LENGKAPKAN BORANG
Bila dah pilih Withdrawal Type, akan automatik keluar borang yang perlu diisi, make sure korang lengkapakan semua step. Untuk step yang pertama ni, pastikan korang letak 'Application For' Diri Sendiri. Untuk 'Applied Amount' korang boleh pilih nak pakai berapa duit dalam Account 2, just make sure balance cukuplah. Bila dah siap semua step, print permohonan ni dan simpan.
3. TUNGGU NOTIFIKASI STATUS PERMOHONAN
Selesai isi borang, tunggu dalam masa 3 hari, KWSP akan send notifikasi melalui SMS untuk ke Pejabat KWSP terdekat jika permohonan berjaya. Make sure, sebelum korang mohon, you guys ada masa free unuk ke pejabat KWSP dalam masa 2 minggu. Kalau tidak, you guys kena buat balik permohonan pengeluaran duit online.4. DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA SEKALI
Dalam masa 2 minggu selepas dapat notifikasi permohonan berjaya, pastikan ada satu hari tu free nak ke pejabat KWSP. Ini antara document penting yang you guys kena bawa sekali.
1. Kad pengenalan + salinan
2. Dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran,
3. Sijil / Skrol Ijazah, atau Diploma + salinan
5. SAHKAN CAP JARI DI KAUNTER KWSP
Memang perlu ke kaunter untuk buat pengeluaran disebabkan perlu ada pengesahan cap jari pemohon. At the same time mereka akan minta semua dokumen yang berkenaan. Lama ke kena tunggu? Depends pada cawangan, tapi overall process tak lama pun, kalau dapat no giliran cepat, dalam 10 minit dah selesai.
6. SEMAK PENYATA PTPTN
Nanti dalam bulan seterusnya tunggu dapat penyata pembayaran daripada PTPTN melalui e-mail. Sama seperti email yang kita dapat if bayar PTPTN bulan-bulan. So untuk info lebih lanjut mengenai status baki PTPTN you guys, boleh semak di website PTPTN.
Senang je nak keluarkan duit KWSP ni, process tak leceh pun as long kita tahu apa kita buat. Pengeluaran ni boleh buat banyak kali as long ada duit dalam Account 2. Ada orang keluarkan duit KWSP untuk bayar bulanan PTPTN sementara tak kerja, tapi I keluarkan untuk settlekan PTPTN terus sebab I pinjam tak banyak dan baki untuk kena bayar pun dah tak banyak dah. So daripada I pening kepala mana nak cari duit bayar hutang every month, baik I buat full settlement.
You guys boleh refer statement PTPTN I dari awal lagi. I tak pasti about you guys tapi I rasa amount Ujrah yang dikenakan PTPTN tu macam tinggi je. So I nak settlekan cepat and dapatkan discount full settlement as well.
Kalau you tengok statement 2018 I, you guys akan nampak pembayaran I tak cantik sebab I berhenti kerja and ada problem nak buat pembayaran. I pulak ada ego nak bayar pakai duit sendiri, so I tak minta duit dari suami. So dapat je tahu boleh buat pengeluaran KWSP cepat-cepat I pergi settlekan hutang PTPTN.
Baki akhir I ada dalam RM4000 kena settlekan tapi lepas discount kena bayar dalam RM3000 lebih. Ada charge lain-lain dalam statement tu tapi I tak berapa faham, tapi tak apalah, I malas nak ambil tahu. As long my duty bayar hutang dah selesai. Tak silap ada baki RM4.90 yang PTPTN kena bayar balik dekat I kot. Tapi nak mohon untuk tuntut baki for that amount tak apalah. Tak rajin.
DAPATKAN SURAT PENYELESAIAN HUTANG PTPTN
PTPTN akan hantar email notifikasi untuk pemberitahuan penerimaan full settlement dan akan menghantar Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman setelah selesai update dalam sistem. Tapi for my case, I dapat email pemberitahuan je, even I email person in charge for my case, tak dapat reply. So I checked online on their Portal, rupanya boleh je download Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN online sahaja.
So bila dah dapat surat ni, maksudnya selsainya la hutang dan tanggugjawab pada negara. Cehhh... Haha... I lega gila dah tak ada comittment PTPTN, syukur sangat I tak pinjam banyak sangat because of my parents. Kalau ikutkan amount yang I boleh pinjam lagi sikit daripada RM7000 tapi I buat permohonan dulu untuk naikkan kadar pinjaman masa belajar, sebab I nak kurangkan sikit beban my parents tanggung 2 anak masuk Uni at the same time. Tapi amount itu je maximum I boleh dapat. My sister pun sama tapi dia tak lepas nak increase amount pinjaman.
Anyhow, inilah cara untuk keluarkan duit KWSP untuk tujuan pembayaran PTPTN. Senang je kan? Harap bermanfaat untuk korang jugak.
Till then peeps!
tahniah mira! perasaan bila settle bayar ptptn ni memang heaven sgt kan..mmg elok dh berhutang kita kitar cecepat .jgn jd mcm yg lain..sibuk xnak byr..kekonon tgu free ptptn..hehe
ReplyDeleteTahniah diucapkan buat Mira kerana berjaya melunaskan hutang ptptn. Bagus didikan keluarga Mira. Siap bayar segaligus semua sekali. Baru rasa beban di bahu tiba-tiba hilangkan. Boleh la ke luar negara tanpa risau kena sekat dek pihak imigresen nanti. Hehe
ReplyDeleteMenarik perkongsian ni. Ada pernah dengar, dia mampu je bayar dengan gaji yang dia dapat tapi dia tak nak bayar PTPTN. Pelik betul pemikiran orang itu. Dia tak tahu agaknya kepentingan membayar hutang.
ReplyDeletebestnya bila dah habus hutang ptptn. saya masih lagi penghutang ptptn yang sejati. haha nasib baiklah ptptn masa degree tak perlu bayar, hanya diploma sahaja. kuranglah sikit. apa2 pun terima kasih share, baru tau rupanya kwsp boleh keluarkan utk ptptn :)
ReplyDeletewah tinggal lagi 10k balance PTPTN ye, BBL punya ada baki 15k macam tu je. itu pun dah guna duit akaun 2 kwsp untuk clear sikit pinjaman. alhamdulilah bulan-bulan memang auto debit terus dari akaun bank senang sikit tak payah pening kepala nak kena remind bayar
ReplyDeleteLia pun tahun lepas keluarkan akaun 2 KWSP bayarkan PTPTN sebab rasa malas nak berhutang. Kalau nak bayar cash mana nak cari duit kan. Ada balance lagi lia buat ujrah minta installment bayaran minimum.
ReplyDeleteWahhh. Kita dah lama nak buat tak terbuat2. Kene bookmark la post ni. Bella hutang 4K je sebenarnya. Disebabkan tangguh2 jumlah nye tak bergerak sebab caj pengurusan. Kita refer sini la senang. Matilah kalo tak dapat pi oversea. Hehehe
ReplyDeleteThanks mira kongsikan tips nak setelkan PTPTN guna KWSP ni. Marsha punya KWSP dah setel jadi untuk bayar PTPTN memang tolak gaji bulanan je la. Rupanya senang je cara. Bestkan dah setel bayar pinjaman PTPTN. Dapat bayangkan kelegaan mira tu. Tak sabar nak setel jugak
ReplyDeleteOoo baru tahu duit kwsp boleh buat bayar ptptn. Yang ada simpanan kwsp bolehlah selesaikan ptptn secepat yang mungkin kan. Saya bayar ptotn potong melalui slip gaji. Mudah sikit. Anyway share ni bagus dikongsikan.
ReplyDeleteBagus ni mira buat tutorial macam ni. Kadang kadang kan orang tak tau pun macam mana nak buat. Ada yang tak tahu boleh buat pun. Lagi senang kan buat macam ni
ReplyDeleteAirah tahu juga ada pembayaran guna kwsp ni tapi tak tahu caranya. Senang lagi macam ni terus bayar semua dari kena bayar bulan-bulan leceh juga kan
ReplyDeleteNak tauu student bill tuu amik student ID kee atau bill masaa bayar dekat u dulu eh?
ReplyDeletestudent reference no nak ambik kt mana eh?
ReplyDeleteThanks sis..share tentang ni, alamak acc 2 sy xlepas nk byr semua ptptn, nak guna acc 1 boleh ke ek.huhu
ReplyDeleteAccount 1 tak boleh sentuh sis. Memang acc 2 je boleh. Kalau acc 2 tak cukup, you tetap kena bayar bulan2 untuk habiskan pinjaman yang balance tu.
Delete