Cara Hilangkan Jerawat Seawal Seminggu

Cara Hilangkan Jerawat Seawal Seminggu

Macam mana nak hilangkan jerawat cepat? Lagi-lagi jerawat yang sakit dan pedih pada kulit. Rasa seksa bila tumbuh jerawat macam ni apa tah lagi kalau tengok kan? Itu yang I rasa bila tengok kulit breakout teruk macam ni. I tak pernah mengalami masalah kulit dan jerawat yang tumbuh begitu banyak seperti ini, mungkin tuhan nak tarik rezeki kulit bersih I, so tak apalah, I accept je, walaupun hati sedih jugaklah. Huhu... Tapi I cari jugak inisiatif nak hilangkan jerawat-jerawat ni, dan Alhamdulillah, lepas seminggu I cuba rutin skincare yang baru, jerawat-jerawat semua hilang dan tak sakit lagi. Kalau nak tahu apa yang I buat, teruskan membaca.


Disclaimer: Post ini telah diedit semula pada October 2020.


Tips Hilangkan Jerawat  Cepat


Kulit I dari anak dara tak pernah ada problem yang macam ni, kalau setakat tumbuh jerawat sebijik dua tu normal la, tapi lepas pecah jerawat tu pun hilang. Dan kalau ikutkan, kulit I tak pernah ada masalah dengan pakai apa-apa produk, sebab tu I tak kisah sangat tukar-tukar skincare, sebab sama je effect, unless kalau I tak pakai apa-apa langsung memang kusam je la kulit. Tapi selalunya kalau I nak tukar skincare, I akan stop pakai apa-apa produk for about a week untuk kasi kulit refresh dan rehat. Lepas tu baru I pakai produk baru, seperti yang you guys maklum I ada review produk-produk skincare, so korang tahu yang I memang cuba produk-produk tu, unless kalau I ada nyatakan yang I tak cuba.

Anyhow, sejak beberapa bulan lepas, I tak pasti bila sebab kulit I mula tunjukkan reaksi tak baik, dah lama dah, tapi sebab I ignore mungkin sebab tu melarat. My expectation pada awalnya, sekejap je problem ni, nanti baiklah, but worse come to worse, it caused my skin to break out really bad this time. Bila dah break out macam ni mulalah I mengelabah. Haha... Kelakar pulak bila fikir balik. Masa kulit I mula-mula break out, I terus stop pakai produk, as usual nak bagi kulit rehat and refresh balik but lepas seminggu kulit masih tak elok, dan makin tak elok pulak tu. Ok tak apa, I tunggu lagi seminggu, which sampi minggu ketiga, kulit dah macam 'sila meninggal', dengan jerawat besar-besar tumbuh, sakit pulak tu. So bila dah reach that point, I said enough, I need to do something. So I did.



Kulit Naik Jerawat Teruk!

The first thing I did, I buat research sebab everything starts with knowledge. Sekarang senang pakai google je. Gigih tau I cari waktu free dedicated untuk membaca je, usually waktu lepas Subuh tu memang waktu I membaca la. Sebab dari dulu lagi, kalau I study dah biasa lepas Subuh sampai matahari terbit, but still within the day I free I spent my time cari solution which the first thing I did was to understand kenapa kulit I berjerawat. Tapi I tak nak mention pasal tu sebab sekarang pun I dah tulis panjang lebar but still tak masuk isi. So I skip this part to another post probably.

Within a few days membaca, I dah eager nak start routine baru, ye lah, siapa tak nak kulit cantik kan.

Untuk post kali ni, I cuma nak share roughly produk yang I guna untuk hilangkan jerawat dalam masa seminggu. So I takkan explain in deep tentang produk tu dan kenapa I pilih produk tu. I akan tulis a more in-depth post on each produk bila I ada masa nanti. So you guys bare in mind this is a sharing post for the selection of products I used dalam masa seminggu.

Update Oct 2020: I dah update semula step terkini macam mana nak hilangkan jerawat yang paling berkesan untuk I serta rekomendasi produk yang I gunakan untuk sembuhkan jerawat.


Skincare Routine Untuk Kulit Berjerawat

We all know that Korean's Skincare regime adalah antara step skincare yang popular di dunia sebab Koreans sangat mementingkan kecantikan. Oleh itu, I pilih untuk ikut Korean Skincare regime untuk pulihkan semula kulit I. 

Walaupun basic hanya perlu cleanser, moisturiser dengan sunscreen sahaja, tapi ada sesetengah kulit yang perlukan bantuan extra dan dengan tambahan seperti serum, toner dan juga essense. I sedar silap I dulu dekat mana sebab dulu I pakai skincare main tibai je dan I tak amalkan sunscreen. Dan bila lepas bersalin, I punya body dah tak sekuat dulu, which also beri kesan kepada kulit. Skin barrier I makin merosot, sebab itu muka I naik jerawat yang besar-besar dan sakit. I pergi consult dengan dermatologist dan dia kata I punya acne hormonal acne which is normal disbabkan stress dan polution juga. Tapi masa I consult dermatologist tu kulit I dah better, tp masih ada sikit-sikit jerawat yang ada. I tak ada makan ubat atau buat facial pun. I depend on skincare 100% untuk hilangkan jerawat dan di bawah ni I share tips macam mana hilangkan jerawat seawal seminggu ikut cara I.


Just to let you know yang cara I untuk hilangkan jerawat dalam seminggu adalah dengan pakai produk campur-campur. Ada yang kata kalau pakai produk campur-campur akan menyebabkan jerawat, tapi untuk kes I adalah sebaliknya. So kalau you jenis yang berpegang teguh untuk satu range sahaja, jangan teruskan membaca.



1. Pencuci Muka Untuk Double Cleansing

Pemilihan pencuci muka kena betul, I amalkan double cleansing setiap kali. Double cleansing bermaksud cuci muka dua kali, mula-mula dengan oil cleanser, lepas tu dengan foam cleanser. Double-cleasing sangat digalakkan bila lepas pakai makeup ia dapat menjamin segala jenis lebihan makeup betul-betul tanggal daripada kulit kita untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang menarik bateria. Itu yang menjadi punca kulit naik jerawat.


1. Oil Cleanser

Langkah pertama adalah oil cleanser. Pakai cleansing oil naik jerawat kan? Tidak semestinya. Jenis cleanser yang berbentuk minyak disarankan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak, ini kerana oil cleansers dapat membersihkan kulit dengan lebih mendalam sehingga ke pori untuk mengelakkan sebum berkumpul yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Oil cleanser juga sangat sesuai digunakan untuk membersihkan muka selepas seharian memakai alat solek.
Cuma Oil Cleansers ni comdogenic (block pores) which tak elok dan boleh meyebabkan lagi banyak pertumbuhan jerawat kalau tidak dibersihkan dengan betul tapi oil cleansers adalah antara cleanser yang terbaik untuk bersihkan kulit secara mendalam.

I pakai oil cleanser pada waktu pagi dan juga selepas I membersihkan muka pakai makeup cleanser setelah seharian pakai makeup. Sebabnya bila bangun dari tidur, I dapat rasa kulit I sangat berminyak, sebab pada waktu malam kulit juga bekerja dan akan produce natural oils untuk balance balik pH kulit. Jadi bila bangun pagi, I suka pakai oil cleanser untuk pastikan I dapat bersihkan kulit hingga ke pori.


Produk Pilihan: Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil Jasmine

Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil Jasmine Review


2. Foam Cleanser

Cleanser jenis yang ni I pilih untuk pakai bila perlu, as example bila I nak pakai face mask. Ini kerana I rasa Foam Cleanser sangat light dan mampu membersihkan kulit muka tanpa memberikan harsh effect pada kulit. I juga dapat tahu yang foam cleanser juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. 

3. Low pH Cleanser

Disebabkan rutin baru I banyak mengunakan chemical, I baca seeloknya memilih Low pH cleansers untuk maintain pH kulit dan mendapatkan kesan maksima daripada pengunaan produk-produk acid terutamanya. I pilih untuk pakai cleanser jenis ini pada waktu malam sebab I banyak gunakan produk acid pada waktu malam. 

Produk pilihan: Safe Me Relief Moisture Cleansing Foam

Ya I gunakan 3 cleanser dalam satu mana. Kenapa? Sebab setiap cleanser ada tujuan dia masing-masing. Tapi untuk double-cleansing, I biasanya pakai Oil Cleanser dengan Cream Cleanser. Foam cleanser untuk certain-certain maca je. Tapi boleh ke double cleansing dengan Oil dan Foam Cleanser. Tak ada masalah pun.




2. Toner 

Dermatologist kata toner adalah mengarut dan tak perlu pun, tapi I tetap pilih nak pakai toner sebab dia refreshing dan cepat memberi instant hydration kepada kulit lepas cuci muka. Seperti cleanser, I amalkan 2 jenis toner juga.

Exfoliating Toner

Apa Itu Exfoliation? Kenapa Perlu Exfoliate?
I pilih Glycolic Acid sebagain exfoliator pilihan sebab I baca Glycolic Acid ni bagus untuk kulit especially yang berjerawat. Tanpa fikir panjang, I memang dah aim nak pakai Pixi punya Glycolic Acid. Ini antara exfoliating toner yang popular antara beauty junkies dalam dan luar negara. Kenapa? Pixi Glow Tonic bagus ke untuk jerawat?  Boleh dikatakan ia sangat membantu tapi AWAS! Glycolic Acid tidak boleh pakai hari-hari, hanya 2 atau 3 kali seminggu sahaja.

Produk Pilihan: Pixi Glow Tonic

Pixi Glow Tonic untuk apa? Pixi Glow Tonics untuk jerawat? Toner ini untuk membuang kulit mati untuk mempercepatkan pertumbuhan kulit baru. Daripada pengalaman guna pixi glow tonic, memang dapat membantu menghilangkan jerawat. Boleh baca post pengalaman saya untuk info lanjut.


Pixi Glow Tonic Untuk Jerawat


Hydrating / Soothing Toner

Perlu ada toner yang jenis macam ini kalau you pilih nak pakai toner dalam skincare. Toner ini adalah sebagai toner harian yang boleh digunakan setiap kali lepas cuci muka untuk kesegaran dan mengembalikan hydrasi segera kepada kulit yang hilang masa cuci muka. Kedua-dua jenis toner ni sangat membantu untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat kerana kehilangan lembapan pada kulit yang menyebabkan skin barrier semakin lemah.


Produk pilihan: Mamonde Chamomile Pure Toner

Mamonde Chamomile Pure Toner Review


3. Serum / Ampoule / Essence Untuk Kulit Jerawat

Apa bezanya? I pun kurang pasti lagi tapi pada I kesemua ni memberi tujuan yang sama iatu sebagai booster untuk produk skincare yang lain. Biasanya boosters ni, bahan-bahan dalamnya lebih potent yang bermaksud ia lebih focus untuk memberi treatment kepada kulit. I pada mulanya mengunakan ketiga-tiga ni dalam satu routine tapi lama-kelamaan, I dapat rasa cukup dengan pilih salah satu je. Tapi itu selepas kulit I dah pulih daripda jerawat-jerawat batu yang sakit tu.


Sejujurnya, sebelum kulit I breakout memang I tak pandang sangat produk-produk jenis ni tapi bila kulit I breakout teruk, I terus study pasal tiga jenis produk ni. Kenapa? Sebab I tahu I dah makin berumur dan perlukan booster untuk kulit cantik balik. So sebelum I buat keputusan untuk pakai produk yang mana, of course I baca dulu apa yang sesuai dan patut I pakai, sebab kalau salah pilih produk, kulit muka boleh jadi lagi teruk sebelum ni. Di bawah antara pilihan boosters yang I pakai.





Exfoliating Boosters

Sama je konsep dia macam toner tadi, exfoliating products hanya pakai 2 atau 3 kali seminggu. Jadi kalau I pakai exfoliating toner, I akan pakai exfoliating serum juga pada hari yang sama.

Produk Pilihan: Axis-Y Intensive Barrier Ampoule

Axis-Y Intensive Barrier Ampoule Review Malaysia

Hydrating / Soothing Boosters

Ini pun jenis daily punya boosters yang you boleh pakai. Hydration sangat penting untuk kulit kerana kulit yang mempunyai hydrasi yang bagus susah untuk dapat jerawat. Kunci kulit yang cantik sebenarnya adalah hydrasi. Soothing pula I pakai bila kulit I ada irritasi, selalu dalam sebulan sekali ada masa yang kulit I akan jadi sensitif, jadi I akan pilih yang jenis soothing punya boosters.


Produk Pilihan: COSRX Hyaluronic Acid Hydra Power Essence

COSRX Hyaluronic Acid Hydra Power Essence Review Malaysia

1 Ingredient Booster

Dulu tak banyak brand yang offer 1 Ingredient punya produk. Produk jenis ini terdiri daripada satu bahan sahaja dan tidak ada campuran lain. Kebanyakkan mereka yang memilih produk seperti ini ada mereka yang faham mengenai skincare dan apa kebaikan satu bahan itu. Kalau bahan yang sangat popular dalam skincare untuk melawan jerawat adalah Centella Asiatica (Cica). 

Produk Pilihan: Skin1004 Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule

Skin1004 Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule Review Malaysia

4. Moisturiser

Pemilihan moisturiser sangat penting untuk memastikan kulit dapat mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Untuk moisturiser, you kena pandai baca Ingredient list produk sebabnya selalunya di dalam moisturiser terdapat banyak bahan yang boleh menyebabkan kulit lagi banyak naik jerawat seperti bahan-bahan yang menutup pori ataupun fragrances. 


I pilih moisturizer dari range Make P:rem Safe Me juga sebab I rasa content ingrediants dalam dia lebih selamat and softer since this cream is plant based. I risau jugak sebab I suddenly nak tukar my skincare routine dan tambah lebih banyak acid. Takut jadi lebih teruk, so I pilih option yang lebih selamat pada I. Lepas study ingrediants dalam cream ni I terus yakin yang this should be the perfect one.


Produk Pilihan: Safe Me Relief Moisture Cream 
Safe Me Relief Moisture Cream Review Malaysia


5. Acne Spot Gel / Spot Patch

Dulu I tak pernah ada pun ni sebab I rasa tak perlu, tapi kalau kulit dah mula sensitf dengan jerawat, produk ni wajib ada untuk pastikan kesan jerawat hilang dengan cepat. Tak cantik kalau lepas jerawat dah tak ada, masih ada lagi bekas-bekas jerawat yang hitam tu. Acne Spot Gel I akan pakai bila tumbuh jerawat baru dan spot patch adalah sebagai protective layer supaya ia dapat menyedut kuman dalam jerawat tu. Kedua-dua produk ni sebenarnya menolong untuk soothing jerawat dan menyebabkan juga kita kurang pegang jerawat untuk memicitnya. Jangan picit jerawat lagi ok. Kalau picit akan menyebabkan kulit lagi rosak. Ini antara petua hilangkan jerawat tanpa parut.

Pilihan Produk: Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

Ubat jerawat pakai bila? Ubat jerawat patutnya step yang terakhir sebelum pakai sunscreen. Dinasihatkan tunggu 30 minit sebelum pakai sunscreen selepas letak ubat jerawat. Ini dikatakan waiting period untuk membolehkan bahan-bahan dalam ubat jerawat serap dalam kulit sepenuhnya dan lebih efektif. Ada yang kata tak perlu tapi I akan tunggu.


6. Sunscreen / Sleeping Mask

Pada waktu siang AMAT PENTING pakai sunscreen. Tak guna kalau ikut semua step dekat atas tapi sunscreen tinggal. Baca Tips Pilih Sunscreen & Sunblock untuk tahu kenapa.

Kalau ikutkan sebelum ni I tak rasa penting pun sunscreen sebab moisturizer yang I pakai sebelum-sebelum ni memang dah ada SPF inside. So I rasa dengan tu je ah cukup, but actually I salah. Sunscreen sangat perlu sebab kulit kita memang terdedah dengan UV rays walaupun kita tak kena direct sunlight ataupun duduk di rumah je. Lepas I baca betapa scary impak tak pakai sunscreen, I terus nak beli sunscreen banyak-banyak. So I pilih nak cuba Make P:rem punya sunscreen. 

Pilihan Produk: Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sunscreens

Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sunscreens Review Malaysia


Untuk sleeping masks, sebenarnya tak perlu pun. Tapi pada I sleeping masks salah satu cara untuk menguatkan lagi hydrasi pada kulit. Kunci untuk kulit cantik adalah Hydration. Tanyalah mana-mana influencer atau blogger yang power dengan skincare ni, mesti dia akan kata hydration kulit sangat penting. Dan kalau kulit kita sentiasa hydrated, susah untuk kulit rosak dan menyebabkan jerawat tumbuh.

Actually I dah lama pakai sleeping masks tapi tak consistent but through-out the years I memang dah lama pakai Laneige Water Sleeping Mask, so I continue nak cuba range dia yang lain. I malas nak fikir brand lain lagi sebab I tahu mask ni dah sesuai dengan I. I rasa lebih selesa nak pakai Sleeping Masks berbanding night cream sebab I rasa sleeping masks bekerja lebih bagus untuk memberi hydration kepada kulit ketika kita tidur. Tapi sekarang I pakai je night creams sebab kulit I dah okay, tapi masa awal-awal dulu memang I focus pakai sleeping masks je.

Pilihan produk: Laneige Water Sleeping Masks

Laneige Water Sleeping Masks Review Malaysia


Jadi ini secara ringkasnya rutin skin care I masa seminggu awal I cuba pulihkan semula kulit so you guys boleh nilaikan sendiri beza dia. Apa you perlu kena buat adalah mempunyai sedikit ilmu sahaja untuk tangani masalah jerawat ni. Ini tips I untuk cepat hilangkan jerawat.



Tips Untuk Hilangkan Jerawat


1. Pentingkan kebersihan

Jerawat muncul berpunca daripada kuman, tapi bukan bermaksud you pengotor sebab tu tumbuh jerawat. Bukan. Ini boleh jadi atas faktor remeh-temeh sebab di mana-mana pun ada kuman. Especially you punya phone paling banyak kuman. Oleh itu pratikkan selalu cuci tangan sebelum pegang muka dan pakai skincare. Sarung bantal pun sentiasa kerap cuci dan handphone elakkan letak di pipi bila call.


2. Pilih ingredients yang betul

Kunci untuk mengawal pertumbuhan jerawat adalah dengan memilih bahan-bahan skincare yang anti-bacterial dan memberikan hydrasi. Antara bahan-bahan yang popular untuk mengatasi masalah kulit berjerawat adalah Centella Asiatica (Cica), Hyaluronic Acid dan juga Amino Acids. Banyak lagi sebenarnya tapi ini antara yang I gunakan.


3. Jaga makan dan minum

Pada mulanya I tak ambil berat sangat pasal makan dengan minum ni, tapi I nampak beza yang sangat ketara bila jaga makan dengan tidak jada makan pada kulit. Kalau I kurangkan makanan berminyak dan bergula, jerawat baru yang tumbuh pada kulit satu-dua je, itu pun bukan jenis yang sakit dan hilang sekejap je.



Macam mana hilangkan jerawat

Kulit I dah pulih, Alhamdulillah. Jerawat pun dah tak ada tumbuh macam jenis cyst yang sakit ni. Kalau ada pun satu dua yang jenis jerawat yang I selalu dapat masa anak dara. Tak sakit dan senang hilang. Cuma sekarang yang tinggal hanya acne scars sikit tapi kebanyakkannya dah pudar dah.

Ini gambar kulit I tanpa filter pada bulan Mei 2020 




Misi I nak achieve glass skin, so selagi I tak achieve kulit yang bersih dan bermaya, selagi tu I akan terus try and error skincare, tapi of course sebelum I letak apa-apa dekat muka I baca ingrediants dulu. I dulu rasa ingrediants tak penting, but now lepas dah study pasal skincare ni, part ingrediants yang I akan tengok dulu before I go and baca marketing lines produk tu. Hehe...

For now, itu je lah tips untuk hilangkan jerawat dari I. Sepanjang process ni I memang banyak try and error tapi sekarang I dah jumpa cara macam mana nak kawal jerawat. Tipu jerawat akan hilang terus bila guna cara ni, tapi cara ni memang mengurangkan pertumbuhan jerawat di muka I. Syukur sangat I sekarang dah tak ada jerawat yang besar-besar dan sakit macam ni sekarang.

Till then peeps!

19 comments

  1. Thanks for sharing this great skincare products. I'm sure a lot of people will benefit from it.

    ReplyDelete
  2. wah sharing yang bagus.. muka akak ni pun banyak parut jerawat lama.. tengah usaha jugak nak bagi licin sikit.. tapi itulah nyesal jugak dulu tak berapa ambik endah kan pasal ni semua..

    ReplyDelete
  3. huhuhu boleh tahan banyak products nya ya.
    thx sharing ths good thingy

    ReplyDelete
  4. wah pantas betul hilangka jerawat. sesuai sangat kalu jenis jerawat yang tiba-tiba naik sebab hormon tak stabil. aduh teringat masa jerawat naik. boleh tahan malu besar je cik jer naik kat pipi tu. ni boleh la suggest untuk adik perempuan. dia pun tengah stage nak masuk alam remaja, boleh la suruh beli satu try

    ReplyDelete
  5. nampak sangat produknya berkesan! banyak juga ya cara2 nk dapatkan kulit elok & cantik. fuhh.. byk juga duit nk kena kluarkan tapi rasanya tak kisah dah pasal duit bila hasilnya nampak elok :) thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Airah suka baca beauty review macam ni nampak ketara perubahan kulit. Teringin lama dah nak try prem tu dan mostly produk yang list dekat atas ni banyak airah tak cuba lagi

    ReplyDelete
  7. korean regime memang akan ada banyak produk in the list.. semoga muka cikcit cepat sembuh. ada jerawat memang annoyed especially kita tak pernah ada kan. suddenly kene pula tu. bagus sangat2 produk organik yg dapat bantu surutkan jerawat pada masa yang cepat.

    ReplyDelete
  8. nampak perubahan pada jerawat mira..banyak yg kecut..jerawat ni kdg2 sukar diduga kan...sakitnya bila time bengkak tu...banyak juga modal nya ni...tp kalau berkesan pejam mata jelah beli kan..

    ReplyDelete
  9. Memang nampak perubahan tuh. Samalah dengan I, sekarang cuci muka ikut step by step. Oil cleanser, foam cleanser, exfoliate dan sebagainya. Memang nampak perubahan

    ReplyDelete
  10. nak kulit cantik dan bersih nie mmg banyak kena korban. wang ringgit dan juga masa. banyak jyuga produk yg digunakan ya. dan alhamdulillah nampak hasilnya. agak berisiko ya jd beauty blogger nie, bila mana kita nak review skincare2 nie. takut tak sesuai dgn kulit kita, kita yg terima padahnya

    ReplyDelete
  11. No wonder la awak makin berseri sekarang. Ini rahsia kejelitaan dan keremejaan kulit awak ye.
    Kita pun sejenis kulit berminyak maka boleh la nak try your regime.

    ReplyDelete
  12. wah.. banyak juga rejim kecantikan kulit sebenarnya yea.. TB pun tak ikut sangat semua ni.. tapi ada je beli barangnya.. adoi.. tak disiplin nak pakai.. cuma rajin pakai cc cream yang ada spf tu je la kalau nak keluar rumah.. then cuci muka pun alakadar.. adoi.. pasal tu kot.. kulit nampak kusammm..

    ReplyDelete
  13. Kalau tetiba naik jerawat macam ni memnag boleh buat cuak. Muka yang elok beraih tiba tiba naik sesuatu kan. Memang ngis dibuatnya. Kita ni pun jenis jaga muka ala kadar je. Nak pakai macam macam, muka pula jenis tak tahan. Apa pun, thank awak share info ni. Andainya kulit tiba tiba something wrong mcm ni, boleh try & error produk tu..

    ReplyDelete
  14. Waktu muda remaja dulu akak memang sentiasa ada masalah kulit muka beerminyak, berjerawatlah, tapi waktu tu memang tak ada kut, produk2 cam ni, yang kita tau waktu tu Clreasil atau Oxy tu aja lah.

    Untuk anak2 remaja sekarang ada produk khusus untuk penjagaan kulit.


    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    ReplyDelete
  15. Banyaknye produk pakai. Huhu. Takpelah kos tinggi janji kulit makin sihat kan. Kalau ena pon stress tengok kulit breakout. Rasa taknak junpa orang. Semoga kulit u makin pulih ye. All the best 👍

    ReplyDelete
  16. Banyaknya nak kena pakai..tapi untuk dapatkan kulit yang sihat memang kena jadikan semua ni sebagai rutin..barulah dapat hasil yang memuaskan.

    ReplyDelete
  17. I know that pain of having to deal with those huge break outs.. Before this it will stay in my face for like two weeks before I start poking my face with needles to get rid of it. But thankfully found a few solutions to work on them. Hopefully I won't get them anymore... But if I did, I'd probably try some of your suggestions here.

    ReplyDelete
  18. Nampak perbezaan yang sangat ketara. Suka cara miracikcit buat review ni, sangat teliti dengan produk info semua. Terima kasih atas review ni.

    ReplyDelete
  19. Wah.. Tentu sapa2 yg ada jerawat happy sbb dah ada produk yg bagus utk atasi masalah jerawat. Nasib baik muka kak xda jerawat

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.