Hey alls, post ni santai je, nak share pengalaman lepas bersalin, sebab rasa setiap orang pengalaman lain-lain. Macam I lepas bersalin normal, complication tak ada, Alhamdulillah. Masa berpantang darah nifas keluar tapi tak banyak sangat. Seminggu pertama banyak tapi bila dah masuk minggu kedua dia dah mula sikit, dan minggu ketiga dah mula kering tapi masih ada lagi keluar tompok-tompok. I ada baca dulu kalau darah nifas tak keluar habis maksudnya rahim kita tak sihat. Haha... tak tahulah, tapi masa I lalui nifas dulu tak ada rasa sakit apa-apa pun, sengugut pun tak ada. Lepas nifas keluar, I lama tak keluar period sampailah setahun, puncanya sebab breastfeed. Tapi dalam setahun tu ada beberapa kali dia macam acah-acah keluar. Haha... Teruskan baca kalau nak tahu.
Post ni pendek je, just nak cerita pengalaman dan juga sebagai ingatan, manalah tahu dapat anak lagi satu, boleh baca balik pengalaman lahirkan anak pertama macam mana. Hehe... Lepas nifas dekat 6 bulan jugak period tak datang langsung, tapi pada bulan ke-enam I satu ketulan keluar dari tempat keluar darah. Mula-mula I tak perasan, tapi bila I mandi, I cuci bawah terasa macam ada ketulan terbojol, macam isi daging terkeluar, tapi I tak nampak, I dapat rasa je. Masa tu dah mula menglabah apa benda tu, nak cabut takut, tapi cuba cabut jugak. Rasa menyengat sikit sebab macam benda tu melekat dekat kulit. Bila cabut tengok benda warna merah pekat, kecik je, macam kacang pun ada. I curious gila apa benda tu, dalam hatidah menglabah takut ada penyakit ke. Haha... So I picit benda tu then dia pecah, pastu keluar air at the same time macam darah. So I teka yang ini mesti darah, macam darah beku. I tak tahu betul ke ada darah beku, so I google and then nampak ramai jugak share pasal darah beku ni. Ok tenang sikit hati.
Betul-betul lepas setahun period balik, tapi kitaran tak berapa betul. Masa mula-mula sekejap sangat, keluar sikit je, then lepas beberapah hari keluar balik then kering. Bulan seterusnya pun macam tu, masuk bulan ketiga tiba-tiba darah keluar banyak sangat sampai pakai overnight yang tebal tu kena tukar setiap sejam. Memang bulan tu, 3 pack overnight Sofy yang tebal tu I habis sebab banyak sangat keluar, sampai bocor banyak kali ok. I sebenarnya dah takut jugak masa tu sebab tak pernah jadi macam tu. Sebelum I mengandung pun, period I memang jenis banyak tapi tak adalah sampai teruk sangat macam I alami ni. Husband pun terkejut sebab tiba-tiba macam tu, dia pun sampai offer nak bawak pergi klinik, tapi I cakap nanti dulu. Tengok dulu macam mana, dan bila masuk hari ketujuh memang darah kering macam biasa.
So the next month I dah prepare la, just in case darah banyak keluar macam last time period, tapi tak. Masa hari pertama dan kedua je banyak keluar sekali dengan sengugut, after that macam normal sampai kering pada hari ketujuh. Alhamdulillah, pada masa tu, I dah rasa kitaran period I dah betul kot, walaupun masih fully breastfeed. Tapi I tunggu the next month nak tengok kitaran I masih normal tak and Alhamdulillah, normal dah macam masa I anak dara dulu. Kitaran dia keluar pun dah konsisten, mungkin sebab I jaga makan jugak kot.
Alhamdulillah sekarang dah ok sebab masa mula-mula I risau jugak sebab ramai yang kata period tak betul lepas bersalin. I dah setahun lebih baru period mula consisten balik, dan I tak pernah ambil apa-apa ubat perancang pun, so patutnya tak menganggu pun my period. Itu je nak share, kalau u alls ada pengalaman yang sama, share la dekat bawah so kita boleh kongsi cerita sama-sama.
Till then peeps!

0 comments
Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.